Monday, December 08, 2025

Tipu Harta Pusaka: Surirumah Diberi Tempoh 9 Hari

April 18, 2018
1 min read

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah diberi tempoh sembilan
hari bagi memberi jawapan ke atas tuntutan ganti rugi berjumlah RM720,000 oleh
lima adik-beradik kepadanya kerana didapati melakukan penipuan harta pusaka
arwah bapa mereka.
Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari
ini selepas Hanisah Mohd, 48, selaku defendan memohon agar memberi sedikit masa
kepadanya bagi mempertimbangkan semula tuntutan berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Defendan sebelum ini didapati menjual enam lot tanah pusaka
milik kelima-lima beradik itu tanpa pengetahuan dengan cara menipu tandatangan
tiga daripada mereka semasa proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman, lapor Sinar Online.
Jabatan Kimia turut mengesahkan kesemua tandatangan yang
dibuat di setiap dokumen jualan tanah berkenaan adalah palsu.

Sebelum ini, Muhazian Mohd, 41, juga mewakili Mohd Kamal
Mohd yang sudah meninggal dunia, Mohd Zainuddin Mohd, 34, Mohd Hairul Nizam
Mohd, 29 dan Nor Azahar Mohd, 51, selaku plaintif, memfailkan pernyataan
tuntutan berjumlah RM720,000 menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong @ Associates.
Pernyataan difailkan pada 17 Januari lalu di Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu yang  mengandungi
sembilan tuntutan itu mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal Azman
Ab.Aziz yang menghakimi tuntutan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam tuntutan tersebut, plaintif-plaintif turut menamakan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, selaku defendan kedua.
Mahkamah bersetuju dengan kesemua tuntutan dibuat antaranya
melibatkan bayaran kerugian jualan tanah pusaka dan kos guaman semua plaintif.
Seterusnya, mahkamah menetapkan 25 April depan sebagai
tarikh rekod penghakiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali