Monday, December 08, 2025

Lelaki pedofilia ditahan cabul 13 murid perempuan

by
April 19, 2018
1 min read



MARANG: Rakaman 15 klip video pada telefon bimbit lelaki pedofilia berusia 20 tahun membolehkan pihak polis mengesan 13 mangsa penderaan seksual lelaki terbabit yang berusia antara lapan hingga 12 tahun sejak 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bagaimanapun, perbuatan keji lelaki terbabit berakhir apabila dia ditahan selepas salah seorang daripada 13 mangsa berkenaan membuat laporan polis pada 27 Mac lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisham Abdul Majid, berkata selepas kejadian itu, mangsa dalam keadaan menangis mengadu dia dicabul seorang lelaki kepada gurunya sebelum guru terbabit membawa mangsa ke balai polis membuat laporan.


“Susulan laporan itu, kita berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan rumahnya di daerah ini kira-kira jam 4 petang iaitu selepas dua jam mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.


“Polis memandang serius kes ini dan segera bertindak menahan suspek. Soal siasat terhadap suspek dan pemeriksaan pada telefon bimbitnya, kita percaya seramai 13 murid sekolah rendah menjadi mangsa lelaki ini,” katanya pada sidang media di IPD Marang, hari ini.


Difahamkan, modus operandi suspek pedofilia itu ialah berpura-pura meminta mangsa menunjukkan bilik air sebelum melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Fazlisham berkata, ia terbukti apabila siasatan mendapati seramai 13 murid sekolah rendah di daerah Marang dan Kuala Terengganu dikenal pasti menjadi mangsa penderaan seksual lelaki terbabit.


“Suspek dikesan melakukan jenayah itu antara jam 1 hingga 2 petang dengan mensasarkan kanak-kanak yang menunggu ibu-bapa untuk pulang selepas waktu sekolah manakala pada hari minggu, suspek melakukan jenayah itu antara jam 4 hingga 6 petang,” katanya.


Tambah beliau, selain di bilik air, suspek didapati turut melakukan jenayah itu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah yang tersorok seperti belakang bangunan.


Katanya, suspek akan menghampiri dan berpura-pura meminta bantuan mangsa menunjukkan bilik air sebelum mencabul mangsa dan setiap perlakuannya seperti meraba, mencium dan memasukkan kemaluannya dalam mulut mangsa dirakam menggunakan telefon bimbit miliknya.


Fazlisham berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap suspek akan dibuat di mahkamah esok mengikut Seksyen 5, Seksyen 14(B) dan Seksyen14(D) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.


Jika bersabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara 20 hingga 30 tahun dan sebatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti