Wednesday, December 10, 2025

2 Pencuri Dicekup Sumbat Lembu Dalam Kereta

by
April 20, 2018
1 min read



KUANTAN – Dua lelaki dipercayai penagih dadah diberkas ketika cuba mencuri dan melarikan seekor lembu dengan menyumbatnya di dalam sebuah kereta dalam kejadian di ladang kelapa sawit Kampung Machang, Panching, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kedua-duanya yang berusia 29 tahun itu ditahan oleh pemilik haiwan ternakan berkenaan bersama penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka pada kira-kira 3.30 pagi

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semasa kejadian, pemilik haiwan ternakan berkenaan yang berusia 56 tahun sedang memeriksa ternakan lembu miliknya sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Honda Civic dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Penternak lembu itu kemudian menahan kenderaan tersebut untuk bertanya tetapi suspek bertindak memecut kereta menuju ke Jalan Sungai Panching. Mangsa yang dibantu beberapa rakan bertindak mengejar dan berjaya menahan kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya dalam keadaan kelam-kabut itu dua daripada suspek berjaya melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit manakala dua lagi dapat ditahan setelah dikepung oleh mangsa dan rakan-rakannya.
Katanya mangsa kemudian memeriksa kereta yang dinaiki suspek sebelum menemui seekor lembu yang diletak di bahagian kaki tempat duduk belakang kereta berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berdasarkan tag pada telinga lembu tersebut, mangsa percaya haiwan berkenaan adalah miliknya lalu bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut, katanya.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis metamfetamina dan kereta itu pula menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Mereka kini ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri,” katanya. – BERNAMA
-Mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti