Categories: Berita Lain

3,737 Borang Pencalonan PRU14 Telah Dijual


LARIS… Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam telah
berjaya menjual 3,737 borang pencalonan bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14
bulan depan.
Menurut SPR dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini,
sebanyak 1,220 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan
2,517 lagi adalah bagi dewan undangan negeri (DUN).
Di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula sebanyak 43 borang
pencalonan telah dijual, manakala di Sarawak 125 borang. Antara negeri yang
catat jualan borang pencalonan tertinggi ialah Sabah dan Labuan (288 Parlimen,
605 DUN).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tidak ketinggalan ialah Pulau Pinang (120 Parlimen, 390
DUN); Selangor (112 Parlimen, 269 DUN); Kedah (100 Parlimen, 241 DUN); Johor
(101 Parlimen, 120 DUN); Perak, (86 Parlimen, 189 DUN) telah dijual.
Juga di Kelantan (69 Parlimen, 194 DUN); Pahang (57 Parlimen,
172 DUN); Terengganu (42 Parlimen, 128 DUN); Melaka (21 parlimen, 93 DUN);
Negeri Sembilan (6 Parlimen, 58 DUN); dan Perlis (5 Parlimen, 13 DUN).
Selain itu, menurut SPR, sebanyak 45 borang pencalonan
kerusi Parlimen dan 45 borang pencalonan DUN turut dijual kepada ramai individu
di ibu pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.
SPR pada 10 April lalu telah menetapkan hari pengundian PRU
ke-14 jatuh pada 9 Mei; penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal
pada 5 Mei.
Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum
kali ini masih kekal seperti PRU ke-13 lepas iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505
kerusi DUN. – BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago