Friday, December 05, 2025

‘Order Bos?’ Tanya ‘Anne’ KJ

April 21, 2018
2 mins read

PETALING JAYA: Pada mulanya beliau seorang pemandu teksi,
selepas itu menjadi pekerja pembuangan sisa Alam Flora dan kini, menjadi
pelayan di restoran mamak pula.
Beliau ialah pelakon sambilan, tapi jika diperhatikan
sebetulnya, anda pasti mengenali individu tersebut, Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin.
Mengenakan baju polo berona biru gelap dan apron kuning,
Khairy dilihat mengambil dan menghantar pesanan serta mencuci meja makan dalam
lakonan terbaharunya.
Malah, beliau turut menggunakan slang pelayan mamak yang
pada kebiasaannya akan memanggil pelanggan dengan gelaran “boss”
menerusi video manifesto pemuda Barisan Nasional.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Khairy sebelum ini berlakon sebagai pemandu teksi bermeter
menerusi projek filem pendek 15 Malaysia arahan Benjy Lim dan Bahir Yeusuff,
pada 2009.
Beliau turut melakonkan watak Ahmad Khairy Jamal Udeen
Chowdury dari Chittagong, Bangladesh, pekerja pembuangan sisa Alam Flora
menerusi video kesedaran awam pada 2016.
Dalam pada itu, video Barisan Nasional yang berdurasi 59 saat
itu memaparkan dua rakan sekolah yang bertemu di gerai mamak selepas terpisah
15 tahun.
Menerusi babak itu, watak lelaki berkenaan berkata, dia
bekerja sebagai juruteknik selama 15 tahun.
Watak wanita itu pula memberitahu bahawa lelaki itu boleh
meningkatkan pendapatannya dengan mempelajari kemahiran baharu seperti rekaan
laman web, perniagaan atas talian dan membuat ‘coding’.
Malah, beliau turut mencadangkan supaya lelaki itu mengambil
kelas untuk membantunya naik pangkat atau membolehkan dia membuat kerja
sampingan bagi menambah pendapatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menerusi satu post Facebook, Khairy berkata, manifesto
berkenaan menyentuh mengenai isu pasaran gaji, komisyen kerja, insentif untuk
mempelajari kemahiran dalam talian dan perisian percuma untuk kegunaan kerja.
“Walaupun kita sudah mencapai banyak perkara dalam
tempoh lima tahun, masyarakat kita masih gusar mengenai tahap bayaran sekarang.
“Saya dengar dengan jelas dan nyata. Disebabkan itu,
meningkatkan jumlah gaji akan menjadi keutamaan Barisan Nasional jika kita
terus mendapat mandat dari rakyat,” ujar Khairy.
Manifesto pemuda itu dilancarkan awal bulan ini dan berkisar
mengenai peluang pekerjaan dan latihan kemahiran, peningkatan pendapatan dan
penambahbaikan kemahiran, pemerkasaan ekonomi untuk belia luar bandar, dana
untuk usahawan muda, mengurangkan beban keluarga muda, meningkatkan kualiti
hidup, dan memastikan peluang untuk keseluruhan segmen orang muda seterusnya
memastikan mereka terus memainkan peranan untuk program Transformasi Kebangsaan
2050 (TN50).
Ini merupakan kali pertama Barisan memperkenalkan manifesto
khusus untuk golongan muda.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Anak Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu Bapa, “Setiap Lelahmu Tak Mampu Kami Balas”

KUALA LUMPUR – Dalam hidup setiap anak, ada satu impian yang sering

Penjual Donut Dijemput Jadi Tetamu Allah, “Selalu Ada Jalan Untuk Setiap Niat Baik”

KUALA LUMPUR, — Di saat dunia hari ini sarat dengan cerita yang