Friday, December 05, 2025

Tun Mahathir Musnahkan Usahanya Sendiri Di Langkawi

April 21, 2018
1 min read



LANGKAWI – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi calon
pembangkang di Langkawi dalam PRU14 ini hanya akan memusnahkan apa yang
dibangunkannya selama menjadi Perdana Menteri dahulu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hamzah Zainudin
hari ini mengumpamakan tindakan bekas Perdana Menteri itu seperti cubaan
meroboh rumah yang dibina selama 22 tahun hanya kerana orang lain yang
menggantikannya ingin memperbaiki lagi keadaan rumah berkenaan.

“Kita ini ada orang datang tolong buat rumah kita ucap
terima kasih kerana bantu buat rumah kami. Lepas itu sudah tinggal lama orang
lain pula mari (datang), ubah suai pula rumah bagi cantik lagi, berterima
kasihlah kepada orang baru yang mencantikkan lagi kawasan kita ini,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berucap di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Langkawi
yang berlangsung di Kompleks Pekan Rabu di sini, beliau berkata, rakyat di sini
tidak perlu mendengar tohmahan yang dilemparkan pembangkang yang tidak akan
membawa apa-apa faedah kepada mereka.
“Kita hendak masa depan anak cucu kita lebih senang daripada
apa yang kita perolehi hari ini,” 
katanya.
Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan berkata, sejak pelancaran program Jualan Sentuhan Rakyat ini,
Langkawi menjadi daerah yang mencatatkan jualan tertinggi di Kedah.
“Ini menunjukkan rakyat Langkawi sentiasa mahu terlibat
dengan program-program yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya, kementerian juga akan membuat penyelidikan untuk
mengenal pasti premis perniagaan bersesuaian bagi penubuhan Kedai Rakyat
1Malaysia baharu (KR1M 2.0) di Langkawi.
Katanya, program-program ini bukannya dilakukan kerana
pilihan raya semakin dekat tetapi telah dirancangkan oleh kerajaan lebih satu
tahun lepas bagi memastikan rakyat memperolehi manfaat daripadanya.
Beliau berkata, program ini juga adalah salah satu bukti
keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memahami denyut nadi
rakyat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa