Monday, December 08, 2025

Umno Siasat Dahulu Keahlian

April 21, 2018
1 min read

SHAH ALAM – Umno akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan keanggotaan
16 individu dikatakan ahli Umno yang memfailkan permohonan kebenaran semakan
kehakiman terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Umno bagi memohon
perisytiharan bahawa parti itu melanggar perlembagaan.
Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,
buat masa ini pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.
“16 ahli Umno? Saya pun tidak tahu. Tidak mengapa, bagi kita
siasat dulu kesahihan sama ada mereka ahli Umno atau tidak. Lepas itu baru kita
tengok macam mana,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri
Nazri Abdul Aziz seperti dilaporkan portal Malaysiakini berkata, status parti
itu kini terletak di tangan mahkamah.
“Terserah pada mahkamah. Apa yang kita tak puas hati, kita
(boleh) merayu di mahkamah,” katanya seperti dilaporkan.
Pada 27 Februari, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan bahawa MT Umno telah memutuskan untuk
menangguhkan pemilihan Umno selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
Susulan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mempersoalkan dakwaan Tengku Adnan bahawa Umno mendapat kebenaran RoS
menangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh dibenarkan perlembagaan.
Bagaimanapun, RoS menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan
kelulusan permohonan perlanjutan pemilihan Umno untuk tahun 2017 selaras dengan
perlembagaan parti itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,