Wednesday, December 10, 2025

“Yatt… Abah Dah Belikan Jam Tangan Robot”

April 21, 2018
2 mins read

PETALING JAYA: Hati mana tidak sedih bila anak lelaki yang
berusia enam tahun maut, disyaki akibat didera sehingga patah tulang rusuk dan
pecah usus.
Dilaporkan, kanak-kanak malang itu, Mohamad Rayyan Hidayat
Hairil Khan, meninggal dunia dipercayai perbuatan teman lelaki ibunya pada Rabu
lalu.
Bapa kanak-kanak itu, Hairil Khan Azali, 32, meluahkan
perasaannya di laman sosial Facebook pada awal pagi Sabtu mengenai anak
kesayangannya yang lebih mesra dengan panggilan Yatt, lapor mStar Online.
“Puasa pun tak lama dah, lepas tu nak raya. Masih ada ke
kebahagiaan untuk kali ni. Please stop crying, please (tolonglah berhenti
menangis).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siapa kata aku kuat. Aku memang tak kuat. Belum puas nak
rasa kasih sayang dia. Belum puas nak jaga dia. Banyak benda aku rancang untuk
dia. Tapi tak sampai hajat aku tu. Hari lahir aku 5 Mac pun Yatt dah janji.”


Abah (panggilan bapa): Adik nak bagi hadiah apa untuk
birthday abah nanti?
Yatt: Abah nak apa?
Abah: Abah nak kereta nak rumah.
Yatt: Nanti bila Uyat besar… Uyat beli rumah beli kereta
bagi abah. Sekarang ni Uyat tak da duit.
Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu Mohamad Rayyan
yang merupakan anak tunggalnya bersama bekas isteri adalah 5 Mac lalu, hari ulang
tahunnya yang ke-32.
Malahan menjelang hari ulang tahunnya, Hairil yang menetap
di Beseri, Perlis berkata, kedua-dua mereka beberapa kali berhubung menerusi
pesanan suara menggunakan aplikasi mudah alih, WhatsApp.


“Yatt ni seorang yang cerdik, manja, mendengar kata dan
petah bercakap. Dia lebih gemar menggunakan pesanan suara bila bercakap dengan
saya.
“Kami berjumpa masa hari ulang tahun saya 5 Mac lalu.
Biasanya kalau berjumpa, dia suka main telefon saya, tapi hari tu dia agak
berbeza.
“Yatt asyik panjat belakang badan saya… banyak kali dia
peluk dan cium saya. Saya tak sangka ‘birthday’ saya tu adalah yang terakhir
jumpa dia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun Hairil yang bekerja sendiri berkata, anaknya yang
menyukai permainan robot pernah bersuara mahu dihadiahkan jam tangan robot.
“Saya ada belikan jam tangan robot untuk Yatt. Pada
pertengahan Mac lalu, saya sepatutnya berjumpa lagi dengan Yatt untuk sampaikan
jam berkenaan.
“Tapi saya tidak berpeluang berjumpa dengan dia ketika itu
dan hanya menyerahkan jam tangan berkenaan kepada bekas mak mertua,” katanya
sambil menambah terputus hubungan dengan anaknya sejak itu.


Walaupun hasrat tersebut ditunaikan, tetapi Hairil berasa
terkilan kerana tidak sempat melihat anaknya itu memakai jam tangan robot
pemberiannya.
“Kalau dia masih ada, saya akan cakap: “Yatt… abah dah
belikan jam tangan robot, harap Yatt suka hadiah daripada abah.”
“Saya reda dengan ketentuan Allah mengenai hidup anak saya
setakat ini saja. Tapi pasal siapa yang dera tu antara dia dengan Tuhan, saya
tak masuk campur. Biarlah Tuhan yang membalasnya,” katanya dengan nada sebak.
Suspek lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai 12 rekod
jenayah lampau dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam
Khamis ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan direman
sehingga 26 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video