Tuesday, December 09, 2025

Azwan Ali Akan Tanding Pilihan Raya Lawan Azmin

April 22, 2018
1 min read

Selebriti kontroversi Azwan Ali akan bertanding sebagai
calon bebas dalam pilihan raya umum 9 Mei depan berdepan abangnya Azmin, yang
juga menteri besar sementara Selangor.
“Saya tetap akan cari di mana lubang Azmin Ali bertanding,
di situlah saya akan bertanding.
“Saya akan masuk di mana kawasan dia ada,” kata Azwan yang
turut dikenali sebagai Diva AA kepada Malaysiakini hari ini.

Azmin (atas) adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Bukit Antarabangsa dan parlimen Gombak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau mengakui kempennya nanti lebih peribadi.
“Saya nak telanjangkan Azmin Ali. Dia akan ditelanjangkan.
“Itu antara manifesto saya,” katanya yang sering mengkritik
saudara kandungnya itu.
‘Memang nak keruhkan hubungan’
Ditanya sama ada langkah itu hanya akan mengeruhkan hubungan
kekeluargaan mereka, Azwan mengakui perkara itu.
“Tidak, memang nak keruhkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Memang nak bagi rakyat tahu siapa bangsat itu.
“Sekurang-kurangya undi berpecah, (antara) nak sokong dia,
kerajaan atau adik yang sungguh-sungguh nak jatuhkan dia ini,” kata Azwan lagi.
Azwan sebelum ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah abangnya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,