Wednesday, December 10, 2025

Pengundi Pokok Sena Perlu Keluar Daripada ‘Gerhana’ – MB Kedah

April 22, 2018
1 min read

POKOK SENA – Pengundi di Parlimen Pokok Sena yang disifatkan
hidup umpama dalam ‘gerhana’ di bawah wakil rakyat pembangkang diminta memberi
kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
ini.
Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
berkata, ini kerana BN mempunyai keupayaan untuk memberi sinar kepada rakyat di
kawasan Parlimen itu yang selama ini sepi daripada sebarang agenda pembangunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Janganlah mengulangi kesilapan yang lalu kerana yang rugi
nanti adalah rakyat sendiri akibat terpedaya dengan janji bulan dan bintang
pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan
Penjawat Awam 1Malaysia di sini, hari ini.
Program itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Ahmad Bashah yang juga menteri besar berkata, kesinambungan
pentadbiran antara kerajaan negeri dan pusat amat diperlukan bagi melancarkan
projek pembangunan yang dirancang kerajaan BN tanpa mengira kawasan dan lapisan
masyarakat.
“Sokongan dan peranan kerajaan pusat tidak pernah
berhenti kepada rakyat Kedah, malah sentiasa berperanan mendengar apa yang
diinginkan serta diperlukan rakyat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,