KAPIT — Seramai 236 penghuni Rumah Panjang Leorie, Nanga Ibau, kira-kira satu jam setengah perjalanan melalui Batang Rajang, dari sini hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka ranap dalam kebakaran kira-kira 7.30 malam Sabtu.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kesemua penghuni rumah panjang moden dua tingkat 39 pintu itu berjaya menyelamatkan diri masing-masing dan tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata sebaik sahaja menerima laporan kebakaran tersebut jam 7.52 malam, satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit dengan kekuatan sembilan anggota serta seunit bot penyelamat digerakkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.
“Semasa tiba di lokasi, separuh daripada rumah panjang itu telah terbakar dan pasukan kita memadamkan api menggunakan air yang dipam dari sungai. Tiada pili bomba dan tiada pasukan bomba sukarela di rumah panjang itu,” katanya kepada Bernama hari ini.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Menurutnya, kesemua mangsa menumpang sementara di rumah sanak saudara masing-masing yang berhampiran.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian kebakaran sedang dalam siasatan lanjut.
— BERNAMA

