Friday, December 05, 2025

Mahkamah Tinggi Gantung Pembubaran Sementara PPBM

April 23, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, hari ini menggantung
keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas
membenarkan permohonan PPBM mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding
semakan kehakiman untuk mencabar keputusan ROS pada 5 April lalu.
Azizah dalam penghakimannya berkata, jika permohonan PPBM untuk
menggantung keputusan ROS tidak dibenarkan, ia boleh menyebabkan kerosakan yang
tidak boleh diperbaiki kepada PPBM dalam usahanya untuk memberikan pilihan
alternatif kepada pengundi.
Sehubungan itu, katanya, beliau berpandangan bahawa
keputusan ROS itu mesti digantung sehingga permohonan utama semakan kehakiman
berkenaan didengar dan diputuskan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim berkata, selepas menimbangkan fakta dan hujahan
kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati terdapat dakwaan fakta yang
memerlukan penjelasan daripada ROS.
Beliau berkata, sehinggalah ROS memfailkan afidavit untuk
memberikan penjelasan berhubung keputusannya dalam permohonan semakan kehakiman
itu, mahkamah berpandangan bahawa terdapat kes yang boleh dipertikaikan.
Sehubungan itu, katanya, mahkamah mendapati terdapat merit
dalam kes itu bagi membolehkan kebenaran untuk semakan kehakiman diberikan.
“Selepas meneliti fakta yang dikemukakan di mahkamah,
saya berpandangan bahawa terdapat keadaan istimewa yang membolehkan kebenaran
diberikan,” katanya.
Mahkamah turut menolak bantahan awal ROS terhadap permohonan
kebenaran bagi semakan kehakiman itu yang difailkan PPBM pada 13 April lalu.
Hakim Azizah membuat keputusan itu dalam kamar beliau yang
turut dihadiri peguam Rosli Dahlan mewakili PPBM dan Peguam Kanan Persekutuan
Shamsul Bolhassan untuk ROS.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam permohonan kebenaran itu, Setiausaha Agung PPBM,
Shahruddin Md Salleh, yang bertindak selaku pemohon, menamakan Ketua Pengarah
ROS, Surayati Ibrahim selaku responden.
PPBM memohon perintah untuk membatalkan keputusan ROS dalam
menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 apabila memutuskan bahawa
PPBM tidak menghantar
maklumat melalui notis mengikut Seksyen 14(2) akta sama.
Parti itu juga memohon perintah melarang Surayati daripada
mengambil tindakan secara salah dengan menyalahgunakan peruntukan di bawah akta
itu untuk menyekat PPBM daripada kekal wujud sebagai sebuah parti politik yang
sah dan dihalang daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ia juga memohon perisytiharan bahawa PPBM mematuhi notis
dengan mengemukakan dokumen dan maklumat yang diperlukan kepada responden.
Pengurusan kes bagi permohonan semakan kehakiman itu
ditetapkan pada 7 Mei ini.



BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali