Wednesday, December 10, 2025

Mat Sabu Yakin Tsunami Melayu

April 23, 2018
1 min read

SHAH ALAM – Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau Mat Sabu
yakin tsunami Melayu yang berlaku pada PRU14 membolehkan beliau menang bergaya
di Parlimen Kota Raja.
Mat Sabu berkata, meskipun dia calon baharu di Parlimen itu,
fenomena itu termasuk kesan persempadanan semula di kawasan tersebut bakal
memberi kelebihan kepadanya.

“Tsunami Melayu berlaku di mana-mana pada kali ini termasuk
di Parlimen Kota Raja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya yakin saya mampu menang bergaya dengan sokongan
ahli-ahli Amanah termasuk juga pengundi-pengundi Melayu di situ,” katanya
kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai calon
Parlimen Kota Raja pada majlis pengumuman calon-calon Amanah Selangor di
pejabat Amanah, di Seksyen 13, semalam.
Mengulas dakwaan wujud akar umbi yang tidak bersetuju beliau
dicalonkan di kerusi berkenaan, Mat Sabu berkata, soal puas hati atau tidak itu
sudah menjadi perkara biasa.
“Memang, bukan semua orang boleh terima kita 100 peratus,
namun begitu saya cuba uruskan mana-mana yang tidak puas hati dengan saya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Berkenaan pergolakan Cikgu Jaafar dengan Amanah sebelum ini
juga kita sudah selesai dan mencapai kata sepakat, tiada lagi masalah,”
katanya.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) biro pilihan raya
Amanah Nasional, Jaafar Samsudin, 62, atau lebih dikenali Cikgu Jaafar
mengumumkan keluar daripada Amanah berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun kelmarin beliau membuat keputusan menyertai
semula Amanah selepas bertemu Mat Sabu di sebuah hotel.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,