Categories: Berita Lain

Menteri ‘buat lawak’, dakwa orang India cipta internet beratus tahun lalu



RAMAI yang tahu ahli politik kadang-kadang suka bercakap tentang perkara tidak masuk akal.


Sebagai contoh seorang menteri dari India, Biplab Deb, baru-baru ini menyatakan bahawa internet telah wujud pada zaman purba Mahabharata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bercakap di bengkel serantau mengenai Sistem Pengedaran Awam (PDS) di Agartala, Tripura, Deb memberitahu audiens bahawa internet dicipta ‘beratus tahun lalu’, bersama teknologi canggih lain seperti satelit dan bukan oleh negara-negara Barat, tetapi oleh kaum India purba.


Dia berpendapat bahawa beberapa peristiwa dalam zaman Mahabharata menjelaskan teknologi ini mungkin telah wujud ribuan tahun yang lalu.


Biplab Deb


“Bukan AS dan negara-negara Barat lain, tetapi internet dicipta oleh orang India sejak zaman dahulu,” kata Deb memetik Tripura Infoway.


“Ramai yang mungkin menolak fakta itu, tetapi jika internet tidak ada pada masa itu, bagaimana Sanjay, dapat melihat perang di Kurukshetra dan menggambarkannya kepada Dhritarashtra? Ini bermakna internet ada ketika itu, satelit dan teknologi telah ada di negara ini pada masa itu.


“Saya berasa bangga kerana saya dilahirkan di sebuah negara dengan teknologi canggih seperti itu, negara-negara yang mendakwa diri mereka berteknologi maju mengupah bakat India untuk meningkatkan mekanisme perisian mereka,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kenyataannya yang lucu itu tular di media sosial India, dengan ramai pengguna secara sinis mengesahkan teorinya dengan menawarkan hujah yang kononnya sama dengannya.


Walaupun beberapa posting berhubung kenyataannya itu sebenarnya melucukan, tetapi tidak bagi Deb.


Diminta mengulas mengenai reaksi orang ramai terhadap kenyataannya, dia berkata orang ramai boleh ketawa selagi mereka mahu, tetapi itu tidak bermakna apa yang dikatakannya tidak benar.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

16 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

18 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago