KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan
Azizah Wan Ismail bakal bertanding di kerusi Parlimen Pandan, berdasarkan
kenyataan media bertarikh 23 April.
Pengumuman penuh calon PKR untuk negeri Selangor telah
diumumkan Wan Azizah ketika Jelajah Pakatan Harapan Selangor pada malam Isnin.
Pengumuman dan senarai dalam kenyataan itu telah menjawab
tentang kedudukan anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang akan
merebut kerusi Permatang Pauh.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail dilaporkan berkata, calon Permatang Pauh diberikan keutamaan untuk diisi
oleh ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Azizah yang sebelum ini bertanding di N25 Kajang
digantikan oleh Hee Loy Sien dan beliau dicalonkan bagi kerusi P100 Pandan yang
ditinggalkan Rafizi Ramli.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali diumumkan kekal bertanding di dua kerusi yang dimenanginya sebelum
ini P098 Gombak dan N19 Bukit Antarabangsa.
Berikut senarai penuh calon PKR di Selangor menurut
kenyataan media bertarikh 23 April:
P.094 Hulu Selangor : Leow Hsiad Hui
P097 Selayang : William Leong Jee Ken
P.098 Gombak: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
P.099 Ampang : Zuraidah Kamaruddin
P100 Pandan : Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
P.104 Subang : Wong Chen
P.105 Petaling Jaya : Maria Chin Abdullah
P.107 Sungai Buloh : Sivarasah Rasiah
P.109 Kapar : Datuk Abdullah Sani
P.112 Kuala Langat : Dr Xavier Jayakumar
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
N.03 Sungai Panjang : Mohd Fauzi Ahmad
N.09 Permatang : Rozana Zainal Abidin
N.10 Bukit Melawati : Sivamalar Ganapathy
N.11 Ijok : Dr Idris Ahmad
N.14 Rawang : Chua Wei Kiat
N.16 Sg.Tua : Amiruddin Shaari
N.17 Gombak Setia : Hilman Idham
N.19 Bukit Antarabangsa : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
N.20 Lembah Jaya : Hanizah Talha
N.25 Kajang : Hee Loy Sian
N.32 Seri Setia : Najwan Halimi
N.33 Taman Medan : Syamsul Firdaus Mohamed Supri
N.37 Bukit Lanjan : Elizabeth Wong
N.39 Kota Damansara: Shatiri Mansor
N.40 Kota Anggerik : Shaharuddin Badaruddin
N.41 Batu Tiga : Rodziah Ismail
N.43 Sementa : Dr Daroyah Alwi
N.46 Pelabuhan Klang : Azmizam Zaman Huri
N.48 Sentosa : Dr Gunaraj George
N.49 Sungai Kandis : Shuhaimi Shafiee