Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Zul Azhar Zahid Jamal (kanan) berkata sesuatu kepada abang penuntut UniMAP yang maut, Ooi Jia Li iaitu Ooi Jun Hao (dua dari kanan). Gambar kecil, Ooi Jia Li. FOTO IHSAN UNIMAP
PENUNTUT tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta ketika berhenti di lampu isyarat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Arau, hari ini.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Dalam kejadian pada 8 pagi, mangsa Ooi Jia Li, 21, dari Kuala Sanglang dikatakan pada awalnya pengsan di dalam Proton Saga miliknya yang berhenti berikutan lampu isyarat merah.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata, kenderaan dipandu mangsa tidak bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau menyebabkan pemandu lain bertindak mengetuk dan menggoyangkan keretanya.
“Apabila mangsa tidak memberikan tindak balas, orang awam terpaksa menolak kereta pelajar itu ke bahu jalan sebelum menghubungi bomba bagi membuka pintu kereta yang terkunci.
“Ambulans yang tiba selepas setengah jam pintu kereta mangsa dibuka membawa pelajar itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Pada awalnya mangsa dilaporkan pengsan, namun pihak hospital menghubungi balai polis pada 10.30 pagi memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung,” katanya.
Sementara itu, abang mangsa Ooi Jun Hao, 25, berkata dia dimaklumkan berita menyedihkan itu oleh rakan sekuliah adiknya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Rakan kuliah Jia Li beritahu adik saya tidak hadir ke kelas pagi ini dan mereka cuba menghubunginya untuk bertanyakan adakah beliau sakit.
“Bagaimanapun panggilan mereka tidak dijawab dan ada orang awam tolong jawab panggilan mereka dengan memaklumkan adik saya dihantar ke hospital selepas pengsan ketika memandu.
“Namun, saya mendapat berita mengejutkan daripada rakan sekuliah adik yang memaklumkan dia sudah meninggal lalu terus memaklumkan kepada ibu bapa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Katanya, dia terkilan kerana baru semalam adik perempuannya itu menghubungi untuk meminta wang poket.
“Saya memang tidak sangka dia akan pergi dengan cara begitu kerana adik seorang yang aktif, malah dia adalah atlet UniMAP bagi acara 4 x 400 meter, selain aktif dalam sukan tae kwon do.
“Saya sangat terkilan kerana kami memang rapat memandangkan hanya dua beradik sahaja,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTF untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-mymetro

