Wednesday, December 10, 2025

‘Tsunami Melayu’ Itu Tidak Wujud, Kata PM Najib

April 23, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina diminta tidak mempercayai
dakwaan pembangkang, khususnya DAP, bahawa akan berlakunya ‘Tsunami Melayu’
yang akan menentang kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), sewaktu Pilihan
Raya Umum ke-14 nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, itu
semua hanyalah strategi untuk mempengaruhi sentimen pengundi masyarakat Cina
untuk turut bersama-sama menentang kerajaan.
Natijahnya, tambah Pengerusi BN itu, akan mengakibatkan
kurangnya wakil kaum itu dalam kerajaan BN di peringkat Legislatif dan
Eksekutif, sekaligus menyebabkan kepentingan mereka tidak dapat diperjuangkan
sepenuhnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini populasi kaum Cina sudah mencecah 23 peratus,
tetapi hanya terdapat enam peratus sahaja wakil rakyat yang menyokong kerajaan.
Itu adalah sesuatu yang tidak mampan untuk jangka masa panjang, dan ia hanya
akan merugikan masyarakat Cina,” katanya ketika berucap merasmikan kampus
baharu Sekolah Tinggi Kuen Cheng, di sini hari ini.
Walaupun begitu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN di
bawah pimpinannya sama sekali tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum Cina di
negara ini.
“MCA dan Gerakan serta parti-parti lain di bawah BN sentiasa
bekerja keras untuk menjaga kebajikan kaum Cina. Saya boleh memberi jaminan
kepada anda, saya sentiasa mendapat permintaan daripada Datuk Seri Liow
(Presiden MCA), dan Datuk Seri Mah (Presiden Gerakan), tentang apa lagi yang
boleh dilakukan untuk menjaga kepentingan kaum Cina.
“Misalnya, saya sudah meluluskan pembinaan sepuluh sekolah
Cina yang baru, dan tiga daripadanya sudahpun dirasmikan Datuk Seri Liow di
Johor baru-baru ini. Apabila sekolah-sekolah Cina mengalami kekurangan
guru-guru terlatih, kita turut membantu menyelesaikan masalah itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dan saya turut memberi jaminan kepada anda, bahawa Kerajaan
Barisan Nasional sudah pun memasukkan pertimbangan untuk mengiktiraf Sijil
Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam manifesto BN,” katanya lagi.
Datuk Seri Najib berkata, lebih banyak lagi yang dapat
dilakukan sekiranya masyarakat Cina kembali menyokong kepimpinan beliau.
“Anda semua merupakan sebahagian besar daripada sejarah
cemerlang Malaysia. Kita sudah mencapai banyak perkara, tetapi sekiranya anda
bersama dengan kerajaan, saya percaya kita boleh pergi lebih jauh lagi.
“Kita tidak boleh menjadi satu komuniti sahaja. Seperti apa
yang diimpikan pengasas negara ini, ia perlukan kerjasama semua pihak. Baik
Melayu, Cina, India, serta adik-beradik kita di Sabah dan Sarawak, kita harus
bekerja sama dalam memajukan negara ini. Itu adalah visi saya, itu adalah harapan
saya, dan itu adalah janji saya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,