USIA 12 tahun kebiasaannya masih gemar melakukan aktiviti yang disukai terutamanya permainan kanak-kanak. Namun hala sebaliknya berlaku kepada seorang kanak-kanak di Sydney, Australia sudah pandai melancong seorang diri.
Lebih hebat lagi apabila segala pengurusan berkenaan percutiaannya telah dirancang dan diuruskan sendiri dengan baik.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Perjalanannya bermula apabila kanak-kanak lelaki yang tidak dimaklumkan namanya kepada media bertindak mencuri kad kredit milik ibunya selepas bergaduh bersama ibu bapanya di rumah mereka baru-baru ini, lapor akhbar tempatan.
Selepas itu, dia telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali, Indonesia selepas berjaya mendapatkan pakej pelancongan murah melalui internet
SUMBER : CURRENT AFFAIR
Dia telah menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth dan kemudiannya terus ke Denpasar, Bali.
Sepanjang perjalanannya, kanak-kanak itu agak hairan kerana orang ramai yang dijumpainya tidak menegurnya sedangkan dia bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.
Dia hanya ditegur apabila melakukan pemeriksaan keselamatan oleh pegawai berkuasa.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,”katanya.
Tidak sekadar itu, kanak-kanak tersebut telah menginap hotel empat bintang, Hotel All Season semasa percutiannya selama empat hari di pantai antara tercantik dunia itu.
Ibu kepada kanak-kanak itu, Emma terkejut dan tidak dapat membayangkan bagaimana anaknya boleh sampai sejauh itu dengan bersendirian.
Tindakan kanak-kanak tersebut seolah-olah ‘bawa hati’ dan mahu tenangkan fikiran selepas menghadapi tekanan hidup. – MYNEWSHUB.CC/MIZE



