DI Malaysia, jika bergaji RM100,000 setahun sudah dikira cukup banyak– bayangkan pula jika anda memperoleh pendapatan sebanyak itu dalam tempoh seminit?
Lapor Business Day, bintang bola sepak Bercelona, Lionel Messi, mempunyai pendapatan yang tertinggi di kalangan pemain-pemain bola sepak dengan memperoleh €25,000 (RM119,294) dalam hanya tempoh seminit.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Jumlah bayaran itu diperoleh ketika beraksi untuk La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Raja Sepanyol, Piala Kelab Dunia dan empat kali penampilan antarabangsa untuk Argentina sepanjang musim ini.
LIONEL MESSI MEMPEROLEH PENDAPATAN SEBANYAK €126 JUTA (RM600 JUTA) PADA MUSIM INI.
Messi yang memenangi anugerah Bola Emas Fédération Internationale de Football Association (FIFA) sebagai pemain terbaik dunia 2010 memperoleh pendapatan sebanyak €126 juta (RM600 juta) termasuk gaji, bonus dan perolehan iklan pada musim ini.
Di tangga kedua dalam senarai gaji pemain bola sepak termahal itu ialah Cristiano Ronaldo, yang menjana pendapatan €94 juta (RM447.7 juta) walaupun musim lalu Ronaldo telah mendahului carta tersebut dengan pendapatan sebanyak €87.5 juta(RM416.7 juta) setahun, berbanding €76.9 juta (RM366.2 juta) yang diterima oleh Messi sebelum ini.
CRISTIANO RONALDO MEMPEROLEH PENDAPATAN SEBANYAK €94 JUTA (RM447.7 JUTA) PADA MUSIM INI.
Bintang Paris Saint-Germain, Neymar di tempat ketiga dengan pendapatan €81.5 juta (RM389.6 juta).
Laporan tersebut turut mendedahkan jurulatih yang memperoleh gaji tertinggi, yang diungguli oleh José Mourinho yang menguruskan kelab Manchester United, iaitu pendapatan sebanyak €26 juta (RM124.3 juta).
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Di tempat kedua adalah pengurus pasukan bola sepak China, Marcello Lippi dengan gaji €23 juta (RM109.9 juta), diikuti pengurus kelab Atletico Madrid, Diego Simeone di tempat ketiga. – MYNEWSHUB.CC/MIZE