Tuesday, December 09, 2025

Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota Tarik Diri

April 24, 2018
2 mins read

PEKAN – Selepas namanya diumumkan sebagai calon Pakatan
Harapan (Harapan)yang bertanding di Parlimen Pekan, konsultan bola membuat
kejutan menarik diri bertanding di parlimen tersebut bagi PRU14.
Dengan pengunduran tersebut, Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi,
Zahid Mat Arip akan menggantikan beliau bertanding di parlimen tersebut.

Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd
Shahar, 45 menegaskan keputusan tersebut adalah tindakan terbaiknya demi
kepentingan parti.
Menurutnya, ia juga ujian kesetiaannya terhadap parti
terbabit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat diri saya
sebagai seorang ahli politik, bidang yang telah diceburi lebih dari berdekad
lamanya.
“Kalau sebelum ini, ramai ahli politik yang bercakap soal
pengorbanan, soal kesetiaan, soal ketaatan, hari ini, Allah berikan saya ujian,
untuk saya buktikan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pertemuan empat
mata secara peribadi bersama Pengerusi Harapan ,Tun Dr Mahathir Mohamad pagi
tadi.
“Beliau (Tun) telah menerangkan dan menjelaskan secara
terperinci berkenaan strategi kami di Parlimen Pekan.
“Berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh Tun, ternyata
kali ini Parlimen Pekan bakal menerima kejutan yang akan mengubah senario
landskap politik Malaysia.
“Secara terhormat, Tun meminta saya melakukan pengorbanan
yang mungkin paling ditakuti oleh ramai ahli politik untuk menarik diri
daripada bertanding dan memberi laluan kepada orang lain.
“Saya tidak bersedih, jauh lagi berkecil hati. Apa yang
diminta oleh Tun ini adalah perkara biasa dalam dunia politik, dan semestinya
dalam politik, kepentingan parti mendahului segala-galanya.
“Taat saya, kasih saya, hormat saya kepada Tun adalah sangat
tinggi dan kerana itu jugalah, saya bersetuju untuk melakukan perubahan ini,”
katanya dalam kenyataan media.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tegasnya walaupun tidak menjadi calon beliau berjanji, tidak
akan sesekali meninggalkan perjuangan ini dan akan terus menzahirkan
kesetiaannya bersama perjuangan Tun demi perjuangan parti.
Sementara itu,Kamarul juga mahu seluruh jentera Harapan
membabitkan komponen parti sama ada PKR, DAP dan Amanah terus mengukuhkan
jentera dan bersatu hati dalam meraih kemenangan di parlimen itu.
“Selamat maju jaya buat sahabat Zahid, ayuh kita mara dan
teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan Negara
“Dan buat keluarga, sahabat dan juga para penyokong, jutaan
terima kasih atas sokongan yang diberikan, yang benar-benar memaknakan sebuah
kesetiaan dan kecintaan.
Kepada Allah, saya berserah, Dia Maha Mengetahui segalanya.
In Shaa Allah,”katanya lagi.
Sebelum ini namanya diumumkan oleh Bersatu Pahang untuk
bertanding di parlimen dalam majlis pengumuman calon Bersatu di negeri ini pada
15 April lalu.



Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,