Tuesday, December 09, 2025

PRU14 Corakkan Masa Depan Negara

April 24, 2018
1 min read

KUALA KRAI – Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah proses
demokrasi penting bagi mencorakkan hala tuju dan masa depan negara, kata Naib
Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu terus memberi mandat
kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kesinambungan pelaksanaan agenda
pembangunan yang menjamin kesejahteraan mereka.
Beliau berkata BN merupakan gabungan parti yang utuh dan
terus dipercayai walalupun sering dilemparkan pelbagai tohmahan.
“Biarpun sering diserang dengan serangan tidak berasas
namun, parti masih utuh…inilah kelebihan yang ada pada kita (BN).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Berbeza dengan mereka (pembangkang), mereka akan
lakukan apa sahaja asal matlamat tercapai selain sanggup kaburi mata rakyat
untuk tujuan yang cetek,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000
penyokong BN pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Laloh di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab
Rahman yang dipilih sebagai calon BN Parlimen Kuala Krai pada PRU14 yang akan
diadakan pada 9 Mei ini.
Bercakap dalam sidang media kemudian, Hishammuddin yang juga
Menteri Pertahanan percaya bahawa PRU14 merupakan peluang terbaik untuk BN
kembali mentadbir Kelantan selepas 28 tahun.
“Terus terang, saya lihat semangat dan suasana di
Kelantan berbeza dari masa dahulu. Ini masanya untuk BN capai kemenangan di
Kelantan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, Hishammuddin memuji sikap individu serta
penyandang yang tidak dicalonkan yang meletakkan kepentingan parti melebihi
segalanya.
BN Kelantan mempertaruhkan 30 calon muka baharu serta
pemimpin veteran untuk PRU14 dalam usaha merampas semula negeri itu daripada
cengkaman Pas.
Pada PRU13, Pas menang di Kelantan dengan memperoleh 32
kerusi Dewan Undangan Negeri disusuli BN (12) dan PKR (1).
– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,