Friday, December 12, 2025

Allah Ada, Pesara Beritahu Isteri Sebelum Berjalan 300km Ke Putrajaya

April 25, 2018
1 min read

KUANTAN: Pesara tentera, Nasri Mat Jusoh meminta isterinya
tidak bimbang sebelum memulakan misi berjalan kaki sejauh 300km dari Kuantan ke
Putrajaya.
“Jangan takut, Allah ada,” katanya kepada Hamimah Khadim.
Hamimah yang juga peniaga buah di gerai dekat rumah mereka
mengakui beliau masih bimbang, walaupun selepas Nasri menenangkannya dengan
kata-kata itu.
Katanya, beliau pada mulanya menentang cadangan suaminya
berjalan kaki ke Putrajaya, tetapi selepas melihat keazamannya, beliau
memutuskan untuk menyerahkan segalanya kepada Allah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mula-mula saya tidak sokong, sebab dia hanya seorang. Walau
apapun, dia suami saya. Saya takut apa-apa berlaku di jalan.
“Tapi kerana dia berlatih hari-hari dengan bersemangat, dia
cakap jangan takut, Allah ada,” katanya kepada FMT.
Dengan berbekalkan satu bendera PKR dan sebuah beg bekalan,
Nasri memulakan perjalanannya dari perhentian teksi di sebuah restoran bernama
Nasi Ayam Aida di Kuantan pada 8.30 pagi semalam.
Beliau berbuat demikian untuk membantah kenaikan kos sara
hidup.
Hamimah berkata, suaminya memberitahu rancangannya itu pada
pagi 15 April lalu.
“Pada Ahad 2 minggu lepas, saya duduk bersamanya di rumah,
tiba-tiba dia cakap dia mahu jalan. Jalan ke mana? Ke Putrajaya,” kata Hamimah.
“Dengan siapa, saya tanya, dia kata dia mahu jalan seorang.
Untuk apa, dia mahu kibarkan bendera PKR,” kata Hamimah lagi sambil menambah,
Nasri sebelum ini bukanlah penyokong Pakatan Harapan, tetapi penyokong PAS.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sekarang dia rasa kecewa sangat dengan pentadbiran sekarang
ini, dia mahu bangkit semula dengan Pakatan Harapan.”
Nasri akan berjalan kaki kira-kira 74km sehari dan dijangka
tiba di Putrajaya dalam 4 hari.
Hamimah yang masih bimbang dengan suaminya berharap boleh
menemui beliau di Putrajaya.
Hamimah yang masih bimbang dengan suaminya berharap dapat
menemuinya di Putrajaya.
“Sekarang pun saya serabut, sejak semalam dia pergi, dia
pergi sampai malam sehingga saya tidak tidak makan kerana fikirkan
keselamatannya.
“Saya rasa mahu tunggu di sana tetapi saya tidak pandai
memandu. Saya tidak tahu siapa untuk saya minta tolong.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti