Categories: Berita Lain

Nazifuddin Dakwa Wujud Dominasi Seorang ‘Individu’


KUALA LUMPUR – Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM),
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, mendakwa bahawa wujudnya dominasi seorang
‘individu’ dalam badan induk itu.

Beliau, yang akan bertanding jawatan setiausaha agung MOM,
pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 5 Mei ini, berkata apabila seseorang individu
memegang jawatan bagi tempoh yang lama, keputusan yang dibuat oleh badan itu
boleh dipengaruhi oleh legasi dan emosi individu berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan individu berkenaan.
Justeru, seandainya menang pada pemilihan kali ini, beliau
berjanji memastikan semua keputusan diambil secara telus dan sistematik,
termasuk pemilihan atlet dan ketua kontinjen (CDM) untuk temasya sukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Nazifuddin, yang juga timbalan presiden Taekwondo
Malaysia, akan mencabar kerusi panas yang disandang oleh Datuk Low Beng Choo
pada pemilihan bagi penggal 2018-2021.
Selain itu, beliau turut berjanji untuk berjuang bagi
membantu persatuan-persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang menghadapi masalah,
selain memberikan nafas baharu kepada bangunan Wisma MOM dan hotel yang
terletak di Jalan Hang Jebat di sini.
“Selepas satu penggal menjadi naib presiden, saya membuat
keputusan untuk bertanding jawatan setiausaha agung kerana saya lihat banyak
perubahan yang boleh dibuat. Kini MOM macam satu institusi yang lebih
mementingkan individu,” katanya pada sidang di sini hari ini.
“MOM seharusnya tidak jadi macam bos kepada NSA, tetapi
harus membantu mereka…misalnya apabila sukan taekwondo, angkat berat dan sepak
takraw dikeluarkan sebagai sukan teras, sepatutnya MOM telah menolong dan
berpihak kepada NSA,” katanya.
Mohd Nazifuddin juga berjanji untuk membawa lebih banyak
wakil generasi muda ke dalam MOM serta mahu generasi muda mengenali MOM, kerana
menurutnya, ramai golongan muda tidak mengenali MOM buat masa ini.
“Selain itu, Sukan Olimpik 2020 di Tokyo juga akan
memperkenalkan banyak sukan baharu seperti papan selaju dan sukan memanjat.
Jadi inilah peluang untuk bawa ramai anak muda kita kerana sukan-sukan ini sangat
baharu, jadi di peringkat antarabangsa ini belum ada atlet nombor satu,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau jawatan setiausaha agung badan induk itu memerlukan
seorang yang boleh bekerjasama dengan semua pihak, malah beliau menghormati
Beng Choo yang sangat berpengetahuan dan aktig dalam sukan antarabangsa.
Sementara itu, Beng Choo, wanita pertama memegang jawatan
itu dalam MOM, berharap akan mendapat sokongan daripada NSA untuk terus
berkhidmat demi pembangunan sukan tanah air.
“Ini adalah satu pemilihan melalui proses demokratik. Jadi
keputusan adalah di tangan pihak persatuan sukan kebangsaan,” katanya ketika
dihubungi.
Baru-baru ini, Beng Choo yang juga Setiausaha Agung
Persekutuan Sofbol Antarabangsa (WBSC), turut tersenarai di kedudukan ke-17
dalam Forbes’ ‘Inaugural list of the 25 Most Powerful Women in International
Sports 2018’.
Selepas pencalonan ditutup semalam, Presiden Persatuan
Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menang jawatan
presiden MOM selepas menang tanpa bertanding apabila menjadi calon tunggal
untuk jawatan itu.
Presiden MOM selama 20 tahun, Tan Sri Tunku Imran Tuanku
Ja’afar, tidak mempertahankan jawatannya. – BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

3 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

4 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

23 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago