Tuesday, December 09, 2025

PM Guna #TsunamiPHitnah Tempelak Pembangkang

April 25, 2018
2 mins read

BIDAS… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
menempelak pembangkang yang semakin agresif menabur fitnah khususnya menjelang
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Najib yang mencipta tanda pagar untuk itu #TsunamiPHitnah
berkata fitnah yang dilontarkan semakin berleluasa dan dahsyat, yang berupaya
memporakperandakan dan mampu membinasakan keharmonian hidup bermasyarakat di
Malaysia sejak sekian lama.
Bahkan, katanya, beliau dan keluarga sering menjadi mangsa
politik fitnah pembangkang yang tidak langsung kenal akan erti kehormatan atau
rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.
“Sebenarnya, sejak pilihan raya yang lepas sehingga kini,
jika saya menyenaraikan setiap satu lemparan fitnah yang dibuat pembangkang,
boleh jadi setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, jumlah muka surat yang perlu
diperuntukkan,” katanya menerusi catatan di blog rasmi beliau,
www.najibrazak.com.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengulas lanjut, beliau berkata fitnah paling dahsyat yang
pernah dilontarkan pembangkang ialah pada PRU13 kononnya 40,000 pengundi hantu
dibawa masuk ke Malaysia dari Bangladesh menggunakan penerbangan khas untuk
mengundi di kawasan tertentu; dan berlakunya ‘blackout’ di pusat mengundi.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata
lebih sedih ialah apabila sehingga hari ini masih ramai rakyat Malaysia yang
percaya dengan dakyah tersebut walaupun bukti menunjukkan sebaliknya dan ramai
pemimpin pembangkang sendiri mengakui ia tidak berlaku.
“Yang menghairankan saya, fitnah ini seperti fitnah-fitnah
lain hanya memerlukan sedikit kajian dan pemikiran logik untuk dibuktikan
palsu, namun akibat keghairahan berpolitik, ramai yang mempercayainya, ditipu
bulat-bulat oleh pembangkang.
“Akibatnya, rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di
negara ini, jika berkulit gelap sedikit, dituduh sebagai warga asing, dipaksa
menyanyi lagu Negaraku di khalayak ramai, ada yang kad pengenalan mereka juga
diviralkan di media sosial dengan pelbagai kutukan dan cacian dilemparkan
kepada mereka,” katanya.
Tambahnya, komuniti pekerja asing Bangladesh yang datang ke
Malaysia untuk mencari rezeki halal turut dihambat, dicerca, diperlekeh dan
dijadikan mangsa kebencian akibat politik fitnah.
Perdana menteri berkata fitnah pembangkang tidak terhenti
setakat pilihan raya, dan tiada individu atau institusi yang terselamat
daripada menjadi sasarannya.
Tambah beliau, satu lagi fitnah yang begitu dahsyat dan keji
dilakukan pembangkang adalah terhadap institusi yang menjaga kebajikan jemaah
Haji Malaysia, bakal tetamu Allah di Tanah Suci.
“Bertahun lamanya Lembaga Tabung Haji mencatat dividen
pelaburan yang kompetitif, sering dipuji sebagai pengurusan jemaah Haji contoh
malah hubungan baik yang terus terjalin antara kerajaan Malaysia dan kerajaan
Arab Saudi, antara saya dan Raja Salman, telah membuka banyak peluang dan juga
penambahan kuota haji untuk rakyat Malaysia,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata perkara tersebut tidak diambil kira mahupun
dipedulikan apabila pembangkang melempar fitnah Tabung Haji mengalami kerugian
dan tidak mampu membayar semula wang pendeposit.
“Akibatnya, lebih 3,000 pendeposit yang terpedaya dan
termakan hasutan dan fitnah jahat pembangkang bertindak menutup akaun mereka.
Kesannya, mereka hilang kelayakan dan giliran Haji.
“Tergamaknya pembangkang memfitnah sebegini rupa… yang
teraniaya adalah pak cik dan mak cik berumur, yang telah menunggu giliran ke
tanah suci bertahun lamanya musnah harapan mereka kerana politik fitnah
pembangkang,” katanya.
Menurutnya, apa yang dikongsikan hanyalah sebahagian fitnah
yang dilemparkan pembangkang, termasuklah fitnah mereka terhadap beliau dan
keluarga, kerajaan, institusi-institusi serta dana-dana pelaburan.
“Malah kejadian kemalangan yang meragut nyawa pun sanggup
mereka fitnah dan politikkan,” kata Najib.
Justeru, perdana menteri mengingatkan rakyat Malaysia supaya
jangan menjadi ejen kemusnahan dengan membenarkan politik fitnah pembangkang
berleluasa kerana ia akan merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara. –
BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,