Categories: Berita Lain

Puad Luah Berundur Sebagai Ketua Pengarah Jasa


25.4.2108… HARI TERAKHIR DI JASA

Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jabatan Hal
Ehwal Khas (Jasa). Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang,
ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya
di Jasa.
Tempat panas sehinggakan DAP pernah bawa usul ke Parlimen di
sidang Dewan Rakyat terakhir awal tahun ini supaya Jasa dibubar. Sebelum ini
dalam bajet Pakatan Harapan (PH) mereka mencadangkan Jasa ditutup sahaja.
Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah
dilakukan sehingga Jasa semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah
dan Sarawak serta juga dalam kalangan pelajar Malaysia berada di luar negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka
yang tidak mengikuti sejarah saya. Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999 nama saya
dipotong di saat akhir sebab saya dituduh konon penyokong Anwar Ibrahim.
Ini kerana saya kebetulan pernah menjadi guru di sekolah
beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari. PRU 2004 nama saya langsung tidak
tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu
Pahat.
Malah saya juga setiausaha politik (setpol) YAB Menteri
Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman pada waktu itu. Saya turut meletakkan
jawatan sebagai setpol dengan serta merta. Tetapi saya juga tidak ‘lari’
daripada UMNO.
PRU 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain
juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari.
Di PRU 2018 ini, nama saya kemudian digugurkan lagi dalam tempoh hanya 24 jam.
Ia berlaku setelah saya menerima panggilan dan sebelumnya
ditemui oleh Tan Sri Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran
berlaku tanpa perundingan walaupun saya ahli MT, KP JASA dan Ketua Bahagian.
Sebab itu saya berani persoal sistem pemilihan calon PRU
kali ini adalah rosak. Timbalan Perdana Menteri (TPM) mendakwa saya digugur
kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu
Pahat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Maka dakwaan itu meyakinkan saya sistem pemilihan kali ini
adalah rosak dan corrupted. Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan walhal UMNO
Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang.
Ia sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five
pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor. Apakah saya akan dikenakan
tindakan disiplin hanya kerana menjawab komen daripada TPM secara terbuka?
Kalau begitu kenapa Datuk Ahmad Said yang membawa usul
supaya Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dipecat sebagai Menteri Besar
Terengganu tidak pula dikenakan tindakan malah dicalonkan semula untuk PRU kali
ini.
Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral pula
dipilih. Calon yang tidak ada membantu parti juga terpilih. Walaupun saya gigih
mempertahankan pihak kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi.
Tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik. Terima
kasih kepada seluruh staf Jasa kerana bekerjasama dengan saya siang dan malam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Maafkan saya kerana memimpin Jasa dengan cara yang keras dan
tegas. Hanya Allah SWT juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I
WIN. – Datuk Puad Zarkashi



Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago