Wednesday, December 10, 2025

Tsunami Melayu Hanya Berlaku Jika…

April 25, 2018
1 min read



SHAH ALAM – Tsunami Melayu dalam PRU14 hanya akan berlaku
sekiranya peratusan keluar mengundi sama atau lebih daripada PRU13 iaitu 85
peratus.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr
Mohamad Redzuan Othman berkata, memandangkan hari mengundi ditetapkan pada hari
Rabu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), jangkaan peratusan keluar
mengundi adalah sekitar 72 peratus.

“Penetapan pada hari Rabu dan banyak pihak bertanya kenapa
tidak hari Sabtu atau Ahad? Pada saya ia ditetapkan agar ramai tidak keluar
mengundi.
“Saya tidak nampak alasan lain berkenaan penetapan hari
mengundi ini. Kalau buat pada hari minggu, 85 peratus pasti akan keluar dan
situasi ini akan beri kesan kepada parti pemerintah,” katanya ketika
membentangkan Kertas Kajian IDE ke 29, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, mengambil contoh pilihan raya di Indonesia,
mereka menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi.
“Sehari sebelum hari mengundi pegawai pilihan raya mereka
akan turun ke kampung-kampung untuk maklumkan agar pengundi keluar mengundi.
“Mengundi adalah hak rakyat negara ini tanpa ada sekatan.
Seperti saya maklumkan, jumlah keluar mengundi ini akan tinggi jika ia
dilaksanakan pada hari minggu. Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera perlu
galak orang ramai keluar mengundi,” katanya.
Menurutnya, jumlah hari berkempen juga memainkan peranan
besar kepada keputusan pilihan raya.
“Jumlah kempen singkat beri kesan besar kepada pembangkang
kerana sebelum wujudnya Facebook, pembangkang hanya berkempen mengikut cara
ceramah dan bertemu mata. Kita ambil contoh 1986 dan 1995, jumlah hari
berkempen sedikit dan kesannya ada kepada pembangkang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kesilapan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
ketika menjawat jawatan tersebut adalah mengumumkan hari berkempen selama 23
hari,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap kali persempadanan
semula berlaku parti pemerintah memang banyak kerusi.
“Ambil contoh pada 2004 di mana persempadanan semula
dilakukan BN menang 198 kerusi bersamaan dengan 90.41 peratus.
“Ramai yang kata faktor BN menang banyak kerusi ini adalah
kerana faktor Pak Lah yang dikenali sebagai Mr Clean dan mudah didampingi,
tetapi sebenarnya bukan disebabkan faktor itu, sebaliknya disebabkan
persempadanan semula. Namun begitu undi popular sekadar 64 peratus,” katanya.



Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,