Tuesday, December 09, 2025

BN Akan Capai Keputusan Lebih Baik Dari PRU13

April 26, 2018
2 mins read

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menjangka Barisan Nasional (BN) akan mencapai “keputusan lebih baik” pada
pilihan raya umum 9 Mei ini berbanding pencapaiannya pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).

Dalam wawancara dengan Bloomberg, pengerusi BN itu berkata
perasaan optimis beliau itu adalah berdasarkan beberapa perkara, termasuk
ketidakmampuan pakatan longgar pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan
Harapan dan tidak wujudnya gerakan untuk menukar kerajaan.
“Kami cukup yakin akan meraih keputusan yang baik. Tidak ada
gerakan untuk menukar kerajaan, saya sendiri tidak nampak wujudnya perkara itu.
“Saya tidaklah berkata kami akan menang dengan majoriti
besar, tidak, saya tidak mahu meramalkan begitu, tapi saya ingin mengatakan
bahawa kami cukup yakin tentang keputusannya nanti,” kata Najib dalam wawancara
itu, yang merupakan temu bual pertama beliau dengan media asing sejak lebih
tiga tahun lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang disifatkan sebagai
“bapa segala pilihan raya”, dijangka menyaksikan pertarungan paling sengit
antara parti pemerintah dan pembangkang dalam sejarah pilihan raya umum di
negara ini.
Najib berkata keyakinan beliau itu juga adalah berlandaskan
apa yang beliau sebut sebagai kehadiran “sebuah gabungan parti beraneka ragam”
yang membentuk Pakatan Harapan dengan diterajui bekas perdana menteri yang
sudah berusia 92 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Najib dipetik sebagai berkata beliau tidak nampak bagaimana
pelbagai parti yang membentuk pakatan itu akan mampu untuk bekerjasama.
Dalam wawancara itu, Najib juga meramalkan Pakatan Harapan
terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan undi, setelah mereka berpatah arang
dengan PAS, parti yang membantu mereka pada PRU13, manakala pengundi bandar dan
Cina, yang mengundi pada pilihan raya umum lepas dengan harapan untuk membawa
perubahan, kini didapati sudah kurang bersemangat ke arah itu.
“Ya, sekarang, mereka sedar bahawa perkara itu mustahil akan
berlaku. Oleh itu, saya berpendapat euforia sedemikian sudah berkurangan dengan
cukup ketara,” katanya.
Najib berkata beliau juga berusaha untuk memperkukuhkan UMNO
dari dalam selepas memecat bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan
beberapa yang lain berhubung isu 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya percaya tentang perlunya mengukuhkan hubungan peribadi
dalam parti, maka apabila berdepan dengan detik-detik menyukarkan, parti akan
berdiri teguh bersama saya. Mereka tidak dapat menggoncang saya, asas sokongan
berada dalam keadaan kukuh,” katanya.
Beliau juga berkata IMDB melibatkan isu tadbir urus dan
sekali gus menegaskan: “Ia sudah dibersihkan, tidak berlaku sebarang
penyelewengan dan saya berpegang dengan pendirian itu”.
Menyentuh tentang perselisihan faham antara beliau dengan
Dr. Mahathir, yang antara lain menuduh beliau mengubah sempadan kawasan pilihan
raya untuk memberi keuntungan kepada parti pemerintah, Najib berkata Dr.
Mahathir juga telah beberapa kali mengubah sempadan daerah, tetapi perubahan
terbaru yang dilaksanakan itu “mengambil kira beberapa perubahan demografi”.
“Saya berpendapat beliau begitu ghairah untuk mengawal,
berkuasa dan malah, semasa kami agak rapat dulu, beliau pernah mengesyorkan
tentang penubuhan Council of Elders.
“Sudah tentu anda dapat mengagak siapakah yang akan
mempengerusikan majlis itu dan saya rasa, sebagai perdana menteri, setiap kali
selepas mesyuarat Kabinet, saya terpaksa bergegas ke bilik beliau untuk
mendapatkan persetujuan. Beliau mahu saya mengusahakan perkara itu,” kata Najib
dalam wawancara berkenaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,