Categories: Berita Lain

Kakak sahkan ‘Mr. Grey’ sukar bercakap, kesihatan semakin lemah

Fendy Bakry kini berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan Islam dan tradisional. Foto Instagram @fendybakry


KEADAAN kesihatan pelakon utama drama popular Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang didakwa mengalami penyakit misteri kini berada dalam keadaan semakin merosot.


Kakak pelakon itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fahaniza berkata, keadaan Fendy semakin lemah termasuk pergerakannya terbatas manakala pertuturannya semakin tidak jelas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Maaf… Fendy tidak boleh menjawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap.


“Keadaannya juga lemah selain pergerakannya terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.


Keadaan Fendy kini lemah.


Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan badan lemah ketika menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station yang sedang disiarkan di Astro Ria.


Dalam pada itu, Fahaniza berkata, Fendy, 30, kini berada di kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan secara perubatan Islam bagi mencari punca sebenar penyakit adiknya itu.


Katanya lagi, sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.


“Setakat ini kami (keluarga) sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.


“Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy,” jelasnya.


Sementara itu, produser Global Station Sdn Bhd yang merupakan penerbit drama bersiri itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa memberitahu Fendy pernah dimasukkan ke hospital ketika penggambaran drama berkenaan hampir selesai iaitu sekitar tiga minggu lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kata Zaiton, pihaknya juga terkejut dengan keadaan kesihatan pelakon tersebut namun memuji sikapnya yang tetap kuat bagi menghabiskan baki penggambaran.


“Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesihatannya yang agak teruk dan kami terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu kerana Fendy dimasukkan ke hospital.


“Namun saya puji dia kerana tetap menggagahkan diri bagi menyelesaikan penggambaran walaupun keadaannya belum benar-benar pulih.


“Besar harapan saya agar keadaannya kembali pulih kerana dia mempunyai bakat besar dan boleh pergi jauh sebagai pelakon,” katanya yang bercadang untuk menziarah pelakon itu di Perlis.


Mr Grey turut menampilkan Eyra Hazali dan drama bersiri itu dijangka berakhir pada 10 Mei ini.


Ia disiarkan pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam di Astro Ria.


-mstarOnline

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago