Friday, December 05, 2025

Rahsia Liverpool Menang: Solat Sebelum Turun Padang

by
April 26, 2018
1 min read



SUBHANALLAH… Mungkin kedengaran agak pelik namun benarlah janji Allah SWT untuk mereka yang sering jaga solat fardu, maka dirinya sentiasa akan dipelihara Ilahi daripada perkara buruk.

Ini terbukti apabila Pengurus Liverpool dalam wawancara stesen Britain Channel 4mendedahkan bahawa beliau memberikan masa kepada pemain beragama Islam dalam pasukannya itu untuk bersolat sebelum mula perlawanan.
Menurut Jurgen Klopp, pasukan The Redslazimnya akan tiba lebih awal di bilik persalinan pakaian untuk beliau menunggu penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Emre Can selesai menunaikan solat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia (Salah) seorang Muslim dan dia perlu melakukan apa kelaziman penganut Islam yang lain lakukan sebelum perlawanan. Jadi, kami semua datang seminit atau dua minit lebih awal ke bilik persalinan di stadium Anfield.
“Ia supaya dia sempat menyediakan diri untuk perlawanan. Sama juga seperti Sadio Mane, dan Emre Can, mereka semua melakukannya,” kata Klopp sambil menjelaskan pemain lain tidak merungut kerana menunggu solat selesai.

Bekas pemain Jerman itu malah menambah. “Tiada orang pun rungut bertanya, kenapa kami harus tiba lebih awal dan harus tunggu. Itu semua perkara biasa dalam satu pasukan, kita cuba saling memahami antara satu sama lain.”
Mengulas lanjut tentang prestasi hebat Salah di gelanggang, Klopp berkata bahawa beliau memang kagum dengan watak anak muda kelahiran Mesir berusia 25 tahun itu yang seakan-akan menjadi duta kepada bangsanya sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia sesuatu yang menakjubkan. Inilah yang kita perlukan buat masa ini. Melihat seorang pemuda Islam yang penuh dengan keceriaan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa persahabatan dan penuh dengan segalanya.
“Dalam dunia ini, kita agak bergelut untuk memahami semua perkara yang berlaku di sekeliling kita,” kata Kloop. Liverpool melakar sejarah mara ke saingan akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Roma 5-2 kelmarin.
Untuk rekod, kebanyakan stadium utama di England dan negara-negara Eropah memang memiliki kemudahan surau untuk penonton serta pemain beragama Islam dapat menunaikan solat fardu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa