Friday, December 05, 2025

Hadi: Dr M Paling Kuat Bantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan

April 27, 2018
1 min read

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad
didakwa paling kuat menentang pelaksanaan perundangan Islam sepenuhnya di
Kelantan terutama selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Undang
Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Dr
Mahathir yang ketika itu memegang jawatan perdana menteri kemudian menghantar
sepucuk surat amaran kepada menteri besar Kelantan ketika itu, arwah Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, agar Kelantan tidak meneruskan hasrat menguatkuasakan
enakmen berkenaan atau diambil tindakan.
“Ini yang berlaku sebenarnya… Dr Mahathir bersama
timbalannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalang pelaksanaan perundangan Islam
di negeri Kelantan setelah 2/3 Adun Kelantan meluluskan pelaksanaan enakmen
tersebut,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media
selepas program ceramah perdana Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan,
Ampangan malam tadi.
Sementara itu dalam ucapannya, Hadi berkata ketika pemerintahan
Dr Mahathir, PAS yang mentadbir Kelantan ditekan dengan pelbagai bentuk tekanan
termasuk dilewatkan agihan geran kepada kerajaan negeri, diugut, diganggu-gugat
pentadbiran menerusi pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), selepas
parti itu menang besar pada pilihan raya umum 1990.
Beliau mendakwa kerajaan Persekutuan ketika itu sengaja
melengah-lengahkan pembayaran peruntukan kepada kerajaan negeri Kelantan yang
sepatutnya dibayar pada Februari atau April dan Jun atau Ogos setiap tahun,
sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.
“Setiap tahun, kerajaan pusat perlu membayar 2 kali
peruntukan (geran tahunan) kepada setiap kerajaan negeri termasuk Kelantan
berdasarkan persetujuan pelaksanaan sistem Persekutuan seperti diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Lazimnya geran tahunan ini akan diberikan pada Februari
atau Mac. Disusuli sama ada Julai atau Ogos. Namun dalam kes kerajaan Kelantan
ini peruntukan hanya diberikan pada Disember untuk melengahkan kerajaan kita
membayar gaji kepada kakitangan,” katanya
Bagaimanapun, Hadi berkata keadaan itu berbeza bawah
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka.
“Ini termasuk memberikan laluan untuk kita membentangkan
usul persendirian Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355) di Parlimen,” katanya.

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan