Friday, December 05, 2025

Azwan Janji Henti Kecam Azmin

April 28, 2018
1 min read

AMPANG: Selebriti kontroversi, Azwan Ali sah bertanding
sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14), sekali gus bakal menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali.
Selain Azwan, Mohamed Azmin yang juga penyandang kerusi DUN
berkenaan turut ditentang tiga calon muka baharu masing-masing Salwa Yunus dari
BN, Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM).
Terdahulu pengumuman calon disempurnakan oleh Pegawai
Pengurus Pilihan Raya P099 Ampang, Abd Hamid Hussain di pusat penamaan calon di
Dewan Dato Ahmad Razali, di sini, kira-kira 10.15 pagi tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA ketika ditemui
berkata, sebaik namanya diterima sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN berkenaan,
beliau tekad menghentikan segala kecaman terhadap Mohamed Azmin sebaliknya mahu
fokus terhadap kebajikan pengundi di kawasan itu.
Katanya, manifesto beliau cukup jelas iaitu rakyat nombor
satu dan tidak akan mengambil tahu mengenai Mohamed Azmin lagi.
“Memang pada awalnya saya berjanji untuk menelanjangkan
dia (Mohamed Azmin), namun adalah lebih baik bila saya diterima sebagai calon
kawasan ini, saya bercakap perkara-perkara yang menguntungkan rakyat di Bukit
Antarabangsa,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Azwan turut dijangka menyediakan sebanyak 50,000 bekas rendang
ayam dan daging untuk penyokong setia yang bakal mengundinya pada PRU-14 nanti.
Terdahulu Azwan adalah calon pertama yang tiba di pekarangan
pusat penamaan calon iaitu kira-kira jam 7.15 pagi.
– BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,