Tuesday, December 09, 2025

Pertembungan Empat Penjuru Di Pekan

April 28, 2018
1 min read

PEKAN –  Kerusi
Parlimen P085 Pekan menyaksikan pertembungan empat penjuru bagi  PRU14, 9 Mei depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
mempertahankan kerusi Parlimen Pekan sejak tahun 1976 berhadapan saingan calon
PKR iaitu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang  juga cucu Tun Ghaffar Baba, Mohamad Zahid Mat
Arip.

Najib turut berdepan Yang Dipertua Pas Pekan, Kapten (B)
Ahiatudin Daud.
Turut bertanding calon bebas Datuk Paduka Kadir Sainudin,
seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun berasal dari Johor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengumuman rasmi senarai calon tersebut  dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Yusli
Ibrahim Mohd Yunus, kira-kira jam 11.35 pagi, di Padang Arena Mahkota, di sini,
hari ini.
Dalam pada itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di
bawah Parlimen Pekan pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Kerusi Dun Pulau Manis N20 menyaksikan penyandangnya, Datuk
Khairuddin Mahmod (BN) dicabar calon Pas, Kapten (B) Zainuddin Noh dan calon
Dap, Abu Bakar Lebai Sudin.
Untuk kerusi Dun Peramu Jaya N21 pula, Datuk Seri Sh Mohmed
Puzi Sh Ali dicabar Datuk Salim Abdul Majid (Bersatu) dan Abu Kassim Manaf
(Pas).
Kerusi Dun Bebar N22, BN diwakili penyandang kerusi itu,
Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Ariff berdepan calon Pas, Mohd Nazhar Othman dan
Afif Syairol Abdul Rahim (Bersatu).
Bagi kerusi Dun Chini N23, penyandangnya, Datuk Seri Abu
Bakar Harun bakal dicabar Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (Pas) dan Mohamad Razali
Ithnain (PKR).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika proses penamaan calon, kira-kira 6,000 penyokong parti-parti
yang bertanding telah berkumpul di padang itu sejak jam 7 pagi tadi.
Sementara itu, ketika pengumuman penyokong parti yang
bertanding di kawasan Parlimen dan Dun tidak henti-henti melaungkan slogan
masing-masing, namun pasukan keselamatan yang dapat mengawal keadaan dengan
baik.
Mereka (penyokong) ada yang berteriak ‘Hidup PM, Hidup BN’,
manakala penyokong pembangkang melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Allahu Akbar’.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,