Monday, December 08, 2025

Tiga Penjuru Di Parlimen Jerlun

April 28, 2018
1 min read

JERLUN – Parlimen Jerlun bakal menyaksikan pertembungan tiga
penjuru antara penyandangnya, Datuk Othman Aziz dari BN; Datuk Seri Mukhriz
Mahathir (Pakatan Harapan) dan Abd Ghani Ahmad (Pas).
Mukhriz yang bertanding atas tiket PKR menjadi calon
terakhir menghantar borang penamaan calon 15 minit sebelum kaunter penamaan
calon ditutup pada 10 pagi, di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
Kelewatan Mukhriz disebabkan beliau terlebih dahulu
menyerahkan borang penamaan calon di Pejabat Daerah Kubang Pasu, untuk
bertanding kerusi Dun Jitra.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Calon BN di kerusi Dun Ayer Hitam, Datuk Abu Hassan Sarif
bakal berdepan pencabarnya dari Pas, Azhar Ibrahim dan calon Harapan, Datuk A
Aziz Mohamod.
Manakala bagi Dun Kota Siputeh berlaku pertembungan antara,
Ahmad Azhar Abdullah (BN), Dr Salmee Said (Harapan) dan Mat Rejap Md Akhir
(Pas).
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihanraya, Mohamad
Subhi Abdullah sejurus kesemua sembilan calon layak bertanding tanpa sebarang
bantahan.
Penyokong ketiga-tiga parti berkumpul seawal jam 7 pagi, di
mana penyokong BN mula berarak dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putat, disusuli Pas
dan kemudian penyokong Harapan yang terakhir dibenarkan memasuki pekarangan
sekolah.
Othman ketika ditemui berkata, beliau mengambil sikap
bertanding secara profesional sepanjang tempoh 11 hari berkempen dan cuba
mengelak sebarang insiden provokasi membabitkan beliau dan Mukhriz,
memandangkan mereka berkawan baik ketika sama-sama berjuang dalam Umno.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya dan dua lagi calon akan terus penuhi keperluan rakyat
di kawasan namun terpulang kepada rakyat untuk memilih. Jangan kerana PRU kita
bermasam muka, elakkan fitnah. Kita hendaklah bertarung secara adil,” katanya.
Manakala, Mukhriz berkata, walaupun berdepan dengan sahabat
lama di Jerlun, pihaknya akan pastikan suhu politik sepanjang berkempen dalam
keadaan harmoni memandangkan akan turut berdepan seorang lagi rakannya di Dun
Jitra, iaitu Datuk Aminuddin Omar.
“kita tak dapat elak bertembung dengan rakan rapat kerana
sekarang berbeza parti, kita akan bersaing secara sihat kerana kami saling
mengenali,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,