Friday, December 05, 2025

Anggota PPBM Bertanding Sebagai Calon Bebas Akan Dipecat

April 29, 2018
1 min read

MUAR — Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang
bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan
dipecat daripada parti, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata perlembagaan parti memperuntukkan mana-mana
anggotanya yang bertanding tanpa kebenaran parti boleh dipecat.
“Ini satu perkara yang tak boleh kita benarkan kerana
mereka  sudah mengkhianati perjuangan
parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka telah melanggar disiplin parti, apatah lagi
mereka  telah membuat sesuatu yang
menimbulkan masalah kepada parti komponen yang lain,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri ceramah di Bakri malam tadi.
Beliau ditanya mengenai tindakan Naib Ketua Bahagian PPBM
Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi yang bertanding sebagai
calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Melaka.
Dilaporkan Kamarolzaman berbuat demikian selepas kecewa
tidak dicalonkan di kawasan berkenaan walaupun telah dijanjikan oleh pucuk
pimpinan.
Kerusi itu diserahkan kepada PKR dan pada PRU14  ini, DUN Ayer Molek menyaksikan pertandingan
empat penjuru antara Kamarolzaman, Rahmad Mariman (Barisan Nasional), Jantan
Abdullah (PAS) dan Farhan Ibrahim @Alias 
(PKR).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan