Friday, December 05, 2025

Hadi Yakin Keputusan Saman Memihak Dirinya

April 29, 2018
1 min read

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkeyakinan tinggi keputusan kes saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report,
Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London minggu depan akan berpihak
kepada beliau.
Difahamkan, perbicaraan kes berkenaan akan disambung semula
esok dan keputusannya dapat diketahui beberapa hari selepas itu.
“Kita dah hantar dokumen-dokumen penting melalui wakil
peguam kita di sini…peluang kita 80 peratus akan berjaya, insya-Allah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita dah minta dia (Rewcastle-Brown) meminta maaf
tetapi dia enggan, maka kita teruskan (saman),” kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas majlis ceramah perdana dan
memperkenalkan calon PAS kawasan Marang di Pasar Binjai Rendah di sini, malam
tadi.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di
Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.
Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang
mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan
parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Ditanya mengenai jumlah tuntutan itu, Abdul Hadi berkata, ia
membabitkan nilai yang wajar di United Kingdom.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti