Tuesday, December 09, 2025

Nik Omar Bercerita Buat Kita Seperti Depan Nik Aziz

April 29, 2018
3 mins read

TERUJA. Ini kisah saya dan beberapa rakan media di Kelantan
apabila dimaklumkan anak bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul
Aziz Nik Mat, Nik Omar, akan berucap buat pertama kalinya di majlis pelancaran
Manifesto Pakatan Harapan negeri ini.
Saya mahu dengar ucapan pertama beliau, atas kapasiti calon
parti politik. Sebabnya?
Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat
politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.
Sama ada percakapan, pembawakan diri serta visi.
“Kalau kita pejam mata, dan dengar Nik Omar bercakap,
macam dengar Tok Guru bercerita,”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Itu antara yang saya dengar.
Kebenaran ini hanya boleh saya sahkan kalau saya mendengar
dan melihat sosok ini dengan lebih dekat.
Tetapi, melihat kepada bilangan hadirin yang sedikit hambar
di majlis berkenaan, saya jadi hairan.
Apakah nama Nik Omar tidak cukup menarik perhatian?
Itu penilaian saya pada awalnya.
Beliau berucap kurang 10 minit di majlis itu.
Tentang kisah latar belakang politik.
Dan bagaimana beliau tidak mahu disanjung, dan diangkat
setinggi Tok Guru kerana bukan dalam liga yang sama.
Kerana menurut beliau, “Ambo buke Tok Guru, tapi ambo
ni anok Tok Guru, bezo langit dengan bumi,” (Saya bukan Tok Guru, tetapi
anak Tok Guru, beza kami langit dengan bumi).
“Tok Guru (Nik Aziz) ni kalu buwi ceramoh, supo jamu
ore makae nasik, tapi gak ambo ni kalu buwi ceramoh, supo jamu ore makae ubi
kayu,” (Tok Guru kalau berceramah boleh disamakan dengan menjamu hadiri
dengan nasik, tetapi kalau saya berceramah, umpama menjamu hadiri dengan ubi
kayu) seloroh Nik Omar.
“Ubi kayu ni tapi gak, sedak makae jare-jare,”
(Tetapi ubi kayu ni sedap makan sekali-sekala) jenaka Nik Omar yang disambut
tawa.
Tetapi, ukuran sebenar mengenai ‘Ada Apa dengan Nik Omar’?
ini datang selepas majlis itu.
Nik Omar diserbu, hadirin mahu rakam ‘selfie’ dengan beliau,
sehinggakan media yang mahu menemuramahnya terpaksa menunggu buat seketika
sebelum ‘peminat’ beliau reda.
Ada pesona yang tersendiri, Nik Omar sering melempar
senyuman, menampakkan semua giginya.
Tetapi senyum itu ikhlas, tidak dibuat-buat.
Nik Omar, buat kejutan apabila muncul sebagai calon di Dun
Chempaka.
Kejutan ini dijanjikan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan,
Husam Musa pada majlis pengumuman calon pada Khamis.
Ya, itu kerusi warisan bapanya sejak 1995.
Tetapi, Nik Omar tidak pula bertanding menerusi platform
parti perjuangan hidup mati Tok Guru yang juga Mursyidul Am Pas.
Sebaliknya memilih serpihan Pas, Amanah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nama Nik Omar disebut-sebut sebagai calon sejak beberapa
bulan kebelakangan ini.
Namun tiada pengesahan ya atau tidak, kerana difahamkan ada
tekanan keluarga yang bimbang berlaku perpecahan dalam keluarga Tok Guru.
Apa yang dikatakan tekanan ini kemudian merebak kepada
dakwaan Nik Omar disembunyikan sebelum penamaan calon.
“Takdok keno susuk, ambo ado sini, dua hari lepas,
macae mano keno susuk, ambo ado ja sini, sajo ado pihok nok create isu,”
(Saya tak disembunyikan, ada je di sini, dua hari lepas pun ada di sini, ada
pihak sengaja mencipta isu), jelas Nik Omar.
Mahu tidak mahu, munculnya Nik Omar di pentas politik,
menimbulkan persoalan berhubung persepsi legasi Nik Abdul Aziz.
Siapa ada ketokohan sebenar?
Nik Omar atau adiknya Nik Abduh yang lebih dahulu ‘makan
garam’ dalam arena politik baik di peringkat parti mahupun peringkat parlimen
apabila menang di Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Soalan demi soalan provokasi ditanya kepada Nik Omar.
Satu yang pasti, setiap soalan itu dijawab dengan senyum dan
ayat tersusun, seperti juga soalan siapa sebenarnya lebih layak teruskan legasi
Tok Guru
Nik Omar mewarisi sekolah agama yang diasaskan oleh ayah
beliau, iaitu Madrasah Darul  Anuar di
Pulau Melaka yang terletak bersebelahan dengan rumah Nik Aziz.
Dalam hal politik?
“Masing-masing ada kekuatan, seperti ambo royat, ambo
doa untuk adik ambo, supayo dio berjayo di Bachok, ambo pun raso dio berdoa
jugok untuk ambo berjayo di Chempaka.
“Dio ambik Parlimen, ambo ambik Dun, dio pikir tentang
negaro, ambo pikir tentang negeri, masing-masing berlumba buat kebaikan,”
Nik Omar menutup perbualan dengan media.
Bagi kerusi Dun Chempaka N.06, Nik Omar bawa legasi besar
untuk pertahan kerusi bapanya.
Pada PRU13, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz kekalkan kerusi
itu dengan majoriti 6,500 undi.
Rumusan saya selepas kali pertama bertemu secara peribadi
dengan Nik Omar, adalah figura ini ada sesuatu yang istimewa untuk mendapat
tempat dalam politik.
Sama ada jauh atau dekat, lama atau sekejap perjalanan Nik
Omar di Kelantan, semuanya bergantung kepada pengundi yang dahulunya memilih
bapa beliau.
Persaingan di Dun Chempaka boleh disifatkan bukan lagi
mengenai parti, tetapi personaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,