Categories: Berita Lain

PRU14: Iskandar Puteri Ujian Terbesar MCA


PARLIMEN Iskandar Puteri, yang sebelum ini dikenali Gelang
Patah, menjadi satu ujian paling utama bagi MCA, parti komponen BN yang ditolak
pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada PRU13, Lim Kit Siang dari DAP mengalahkan calon BN
bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762
undi.
Kekalahan mengejutkan itu menunjukkan bagaimana pengundi
Cina membuat keputusan untuk terus menyerahkan undi kepada DAP.
Undian majoriti pengundi Cina itu menunjukkan pada PRU13 BN
sudah tidak mendapat kepercayaan orang Cina.
Mereka merasakan yang DAP yang menjadi komponen pakatan
pembangkang pada masa itu bakal memenangi Putrajaya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kerana kepercayaan ini, mereka mengundi Kit Siang untuk
menghantarnya ke Parlimen, menjadi salah seorang pemimpin utama dalam kerajaan
baharu yang diidamkan.
Tetapi selepas menang, Kit Siang yang suka berpindah tempat
itu mengabaikan pengundinya dan dikatakan tidak kelihatan di Gelang Patah
kecuali masa ceramah politik.
Menjelang setahun PRU14, beberapa kain pemidang menyindir
Ahli Parlimen Gelang Patah itu kerana “hilang” telah muncul di banyak lokasi di
sana.
Mungkin kerana sudah terlalu biasa berpindah kawasan dan
kerana mengutamakan kepentingan politik partinya daripada rakyat, Kit Siang
tidak turun ke Gelang Patah.
Kit Siang menang di Gelang Patah sekadar untuk menambah
jumlah kerusi Parlimen dan memastikan kedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat
pada masa itu.
Kini selepas lima tahun, rakyat Gelang Patah yang kini
dikenali Iskandar Puteri berhadapan dengan satu pilihan yang akan menentukan
nasib mereka masa depan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagi MCA, parti orang Cina dalam BN, pilihan raya kali ini
ialah ujian kesungguhannya melawan DAP, dan ujian kesungguhan sebagai anggota
komponen BN.
Dalam PRU14 ini, MCA menurunkan Datuk Jason Teoh Sew Hock,
pengerusi MCA Gelang Patah untuk menentang Kit Siang dan merampas kerusi
Iskandar Puteri daripada DAP.
Kali ini, calon berbangsa Cina dari MCA yang berdepan dengan
Kit Siang, dan bukan Melayu seperti dalam PRU13.
Sekiranya pengundi Cina secara blok menolak bekas Menteri
Besar Johor Abdul Ghani, penentang Kit Siang kali ini bukan sahaja seorang Cina
tetapi juga orang tempatan.
Parlimen Iskandar Puteri inilah ujian paling besar bagi MCA
dalam PRU14 ini, untuk memastikan BN terus kukuh di Johor dan MCA kekal relevan
dan terus boleh dipercayai sebagai rakan BN. – Mynewshub.cc

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

13 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

17 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

23 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago