Friday, December 05, 2025

Almari untuk menangis

by
April 30, 2018
1 min read

GAMBAR menunjukkan ‘almari menangis’ yang terdapat di Universiti Utah dan patung lembut di dalamnya bagi membantu pelajar melepaskan perasaan. – Agensi


Utah, Amerika Syarikat: Pelajar di Universiti Utah yang mengalami tekanan perasaan tidak lagi perlu bimbang dipandang sinis rakan apabila pihak universiti menyediakan ‘almari menangis’ yang membolehkan mereka menangis secara tertutup.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut Oddity Central, universiti itu mahu membantu pelajar menangani emosi dengan mewujudkan bilik kecil untuk menangis di perpustakaan kampus berkenaan supaya sesiapa saja boleh menangis dengan selesa.


Dengan peningkatan tugasan dan peperiksaan yang sukar, ditambah pula masalah hutang dihadapi pelajar hari ini, kadangkala apa yang mereka inginkan hanyalah menangis bagi melepaskan bebanan perasaan sebelum mencari kekuatan untuk bangkit semula.


Seorang pelajar, Nemo Miller bersama dua rakannya dengan kerjasama daripada universiti mencipta bilik berkenaan untuk satu tugasan mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bilik kecil itu menggunakan kain hitam sebagai latar belakang, selain menyediakan patung lembut supaya pengguna boleh memeluk dan memicitnya sambil menangis.


Terdapat beberapa peraturan perlu diikuti sekiranya mahu menggunakan bilik berkenaan seperti mengetuk pintu sebelum masuk, seorang pengguna dalam satu masa, tidak lebih dari 10 minit di dalamnya dan tutup lampu sebelum keluar.


Projek itu mendapat pelbagai reaksi apabila gambar ‘almari’ berkenaan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Ada pengguna memandang sinis usaha berkenaan tetapi ramai juga yang menyukai dan memuji idea itu, selain berharap universiti lain turut mewujudkan kemudahan sama.


Bilik itu akan kekal berada di perpustakaan berkenaan sehingga peperiksaan akhir tamat pada 2 Mei depan, lapor USA Today memetik jurucakap universiti terbabit.


-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Israel digesa agar menghormati undang-undang antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi

Sebuah pesawat Bristish Airways ‘tersalah mendarat’

Foto AFP LONDON – UNITED KINGDOM. Sebuah pesawat British Airways ‘tersalah