Categories: Berita Lain

Kiko, Novillo sertai JDT?



KUALA LUMPUR: Bekas pemain Pahang, Kiko Insa menimbulkan spekulasi bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka pada 7 Mei hingga 3 Jun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Khabar angin itu mula bertiup kencang sejak semalam selepas Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers memuat naik gambarnya yang sedang menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan.


Jika spekulasi itu benar, Kiko bakal bergabung dengan abangnya Natxo Insa yang sudah menyertai skuad juara Liga Super itu sejak musim lalu.


Malah, Kiko ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan apabila meninggalkan Bangkok Glass pada pertengahan bulan ini selepas tampil empat kali bersama kelab di liga utama Thailand itu.


Kiko yang pernah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya memang tidak asing lagi dengan Liga M selepas beraksi bersama Pahang sepanjang musim lalu.


Selain Kiko, bekas pemain tengah Lyon, Harry Novillo yang sebelum ini disebut-sebut bakal memperkuatkan skuad kendalian Raul Longhi itu juga kelihatan sudah menyertai latihan, semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Hasrat JDT untuk mendapatkan khidmat Novillo sudah diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest sebelum ini dengan pemain berusia 26 tahun itu akan menggantikan pemain kelahiran Argentina, Jorge Pereyra Diaz.


“Kelab ini ingin mengalu-alukan kehadiran Harry Novillo, bekas pemain Lyon dan Melbourne City serta sedang bermain di Dubai ketika ini,” kata Prest dalam kenyataannya pada 29 Mac lalu.


“Dia akan menyertai kami di JDT apabila jendela perpindahan dibuka nanti. Kelab ini berasa sukacita dan gembira untuk memiliki pemain yang berkaliber, pemain muda yang dahagakan sesuatu pencapaian terbaik.”


Diaz sebelum ini dilaporkan meninggalkan JDT pada Februari lalu sekali gus memaksa kelab berkenaan menunggu hingga jendela perpindahan kedua untuk mencari pemain baharu.


Kehadiran Kiko dan Novillo dijangka mampu memperkuatkan lagi skuad Harimau Selatan dalam usaha mereka untuk mencipta sejarah memenangi kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut.


-BHonline

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

3 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

19 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

23 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago