Connect with us

Berita Lain

“50 Peratus Tambah Satu Undi, Sudah Cukup” – Nazri Aziz Guna Formula Tun M


LUBOK MERBAU: Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan
kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Beliau menegaskan, antara faktor kemenangan adalah
disebabkan calon BN di DUN itu, Dr Jurij Jalaluddin, merupakan anak tempatan
selain menjadi pengetua di SM Ad-Diniah Islamiah, Kg Lalang di sini selama
lebih 20 tahun.
“DUN Lubok Merbau ini secara tradisionalnya merupakan
satu DUN yang diletakkan calon-calon berlatar belakang agama, di mana sebagai
contoh, Allahyarham Datuk Mohd Asri belajar di Maahad Al-Yahyawiyah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Faktor kedua ialah apabila ada tiga penjuru. Ini
bermakna peluang itu lebih cerah sedikit, apatah lagi Dr Jurij anak jadi
tempatan. Daripada semua aspek, saya lihat calon BN punyai peluang besar untuk
menang. Sememangnya hot seat.
“Saya tengok suasana sekarang ini pun kalau kita rasai
sendiri di peringkat akar umbi, saya rasa tidak setegang tahun 2008 dan 2013.
Pertandingan (PRU14) ini pun, kita rasa secara persahabatan, tiada
provokasi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.

Ditanya apakah sasaran majoriti yang beliau tetapkan pada
untuk DUN ini, Mohamed Nazri menjawab yang penting adalah kemenangan.
“Daripada firasat saya, InsyaAllah kita (BN) boleh
menang. Saya tidak ada rasa bimbang, tanpa kita bercakap besar. Saya sebagai
orang lama, keadaan cukup baik.
“Cukup sekadar memang, (majoriti) cukup-cukup makan.
Macam Tun Dr Mahathir kata dulu, dia ajar saya. Kata Tun M, dalam PRU ini, apa
yang perlu adalah 50 peratus tambah satu undi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Itu sahaja yang diperlukan dan kita mendapat lima
tahun. Kita tak penting populariti. Apa yang penting ialah kita menang dan ini
memberi kesempatan untuk kita berkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya yang
bakal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas buat penggal keenam.
Pada PRU13, DUN Lubok Merbau yang terletak dalam Parlimen
Padang Rengas dimenangi Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) dengan majoriti 53
undi selepas kerusi itu tewas pada PRU12 ditangan Mohd Zainudin Mohd Yusof
(PAS) dengan majoriti 72 undi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel