Connect with us

Berita Lain

“Abang Nak Tanya Dulu Jangan Marah Ye, Ikan Kembung Tu Kalau RM2…



Kos sara hidup yang semakin meningkat, pasti membebankan terutamanya bagi mereka yang berpendapatan kecil. Lelaki sebagai ketua keluarga akan lebih terkesan. Setiap ringgit yang dikeluarkan harus dicongak tambah supaya hujung bulan seisi rumah tidak mengikat perut. Begitulah realiti yang perlu ditelan. Mahu atau tidak hidup harus diteruskan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Coretan kisah oleh seorang peniaga  Ikram Al-Banjari melalui laman facebooknya mungkin boleh dijadikan renungan buat kita semua. Mungkin 2 ringgit itu nilainya hanya utuk membayar parking, namun bagi sesetengah orang ia sangat berharga untuk mengenyangkan perut anak isteri di rumah.



Mari kita ikuti kisah ini.



Ada lelaki yang membuatkan aku menangis dalam hati sebentar tadi. 



Ada banyak cerita pahit manis sepanjang kami berjualan ikan sejak kelmarin. Antara yang aku masih terkesan sampai ke saat ini ialah cerita tentang seorang lelaki tadi. Kalian kena baca. 



Dia datang singgah ke khemah jualan kami. Meletakkan motosikalnya betul-betul di hadapan khemah dan terus berjalan ke menuju ke arah kami. Kami ‘greet’ seperti biasa. Selepas puas mundar mandir melihat ikan, dia memanggil aku ke tepi.



“ Sini jap adik “ 



“ Ya bang ? Apa boleh saya bantu ? “ 



“ Abang cakap ni jangan marah ya. Nak tanya dulu ni. Ikan Kembung tu dua ringgit dapat berapa ekor ? “





Aku senyum. Aku tersentak. 



“ Takpa bang. Sekejap ya saya timbang dulu “ 



Aku ambil beberapa ekor ikan kembung dan letakkan di atas penimbang digital. Aku tekan harga RM5 sekilo. Jawapan yang aku dapat selepas timbang tadi ialah RM2.30 untuk 5 ekor.





“ Bang, saya dah timbang tadi. Dapat 5 ekor “ 



Beliau terus senyum dengar jawapan aku. Nampak suka betul. Tadi sugul betul wajahnya. 



“ Ha. Baguslah kalau macam tu. Bagilah 2 ringgit “



Aku bungkuskan 5 ekor tadi dan aku ‘topup’ lagi ikan ekstra untuknya. Aku bagi lebih lagi untuk beliau bawa pulang. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“ Nah bang “ 



“ Terima Kasih dik ya. Terima Kasih banyak. Abang doakan bisnes adik maju “ 



Beliau terus ke motosikal dan bergegas pulang. Ini kisah realiti kehidupan yang benar-benar wujud. Mungkin abang tadi sedang diuji. Aku hanya mampu mendoakan apa saja urusan beliau terus dipermudahkan. Apa pun yang terjadi, tangungjawab beliau sebagai ketua keluarga untuk menyediakan lauk pauk di dapur mesti ditunaikan. Dapur mesti berasap. Aku salute.



Advertisement

Dua ringgit itu nilainya pelbagai di mata orang. Bagi kita, mungkin itu cuma nilai beli jajan buat anak-anak. Mungkin juga, dua ringgit itu cuma nilai untuk kita bayar parkir sahaja di pusat membeli belah. Tetapi, hari ini ada orang yang cuma berbelanja 2 ringgit untuk mengenyangkan semua perut yang ada di rumah. 


Begitulah. Hidup mesti terus. Usaha jangan putus-putus. 



– Siakapkeli.my

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel