Connect with us

Berita Lain

Adam Rosly Dipenjara Enam Bulan


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dipenjara
enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi
kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) berhubung harta yang dimiliki.
Hakim, Allaudeen Ismail turut memerintahkan Adam membayar
denda RM30,000 atau penjara setahun sekiranya gagal menjelaskannya.
Dalam keputusannya, Allaudeen berkata, pihak pembelaan gagal
membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Adam,31, bagaimana pun dibenarkan menangguhkan pelaksanaan
hukuman penjara bagi memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahkamah memerintahkan Adam membayar jaminan RM300,000
dengan seorang penjamin.
Terdahulu, peguam Datuk Sulaiman Ismail yang mewakili Adam
memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan mempunyai
masalah kewangan akibat disita SPRM.
“Dia tidak berniat melakukan perbuatan itu namun tertekan
ketika mahu menyediakan dan menyerahkan dokumen kepada SPRM.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib, memohon
hukuman berbentuk pengajaran dikenakan.
“Sebagai ahli politik, tertuduh sepatutnya menjadi contoh
kepada anak muda lain untuk menjadi orang yang bertanggungjawab sebaliknya dia
memberi dokumen palsu kepada SPRM bagi melepaskan diri,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Seramai 11 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan
dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Adam bersalah terhadap pertuduhan pertama dan kedua kerana
memberi pernyataan palsu ketika percakapannya dirakam dua pegawai penyiasat
SPRM.
Pernyataan itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan,
sumber pendapatan, hasil jualan kenderaan, banglo bernilai RM1.2 juta di
Kampung Melayu, Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang daripada ah long
RM500,000 dan pinjaman RM200,000 daripada ibu mentua dan neneknya.
Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,
antara jam 9 pagi hingga 12.15 tengah hari pada 10 Februari 2017 dan antara jam
9 pagi hingga 2 petang, pada 22 Februari 2017.
Adam turut disabitkan dengan pertuduhan ketiga hingga keenam
iaitu menggunakan dokumen palsu  dua
perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu serta dua baucar
tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk
memperdaya pegawai penyiasat SPRM.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut
Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta
613), yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel