Connect with us

Berita Lain

Akta Antiberita Tidak Benar Digazet


KUALA LUMPUR: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang
diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan pada Rabu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata akta itu
telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Berucap pada majlis pelancaran Hari Wartawan Nasional
(Hawana), beliau menolak kebimbangan sebilangan para wartawan kononnya akta
baharu itu akan digunakan untuk menyekat kebebasan mereka dalam melaporkan
berita.
“Tetapi saya ingin maklumkan, pandangan ini tidak tepat
lagi, tidak benar kerana antaranya, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984, melalui Seksyen 8A telah menjadi kesalahan untuk menyiarkan berita palsu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada,
masalah bagi membendung penyebaran berita tidak benar, tidak dapat dikawal
secara efektif dan menyeluruh, berikutan perkembangan semasa teknologi maklumat
yang semakin pantas serta kompleks,” katanya.
Najib berkata akta tersebut adalah berpaksikan kepentingan
rakyat bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran berita tidak benar
selain ia berunsur pencegahan yang mana setiap individu hendaklah
bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar dan sahih.
Beliau berkata akta itu juga tidak akan berkompromi dengan
penyebaran berita yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara.
Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 pengamal media dari
seluruh tanah air, perdana menteri menegaskan kerajaan sentiasa memberi ruang
kepada kebebasan bersuara dan telah melaksanakan kebebasan media melalui
pelbagai langkah transformasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya ia termasuk pelaksanaan transformasi undang-undang
seperti melalui pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960,
memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012, selain transformasi media dengan
memansuhkan lesen mencetak dan permit percetakan.
“Ini ternyata berbeza dengan track record kebebasan
bersuara di zaman pemimpin utama pembangkang masa kini, yang dulunya pernah
memerintah negara ini selama 22 tahun,” katanya.- Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel