Connect with us

Berita Lain

Angin Kuat Sebabkan Patung Maharaja China ‘Rebah’



DISEBABKAN angin bertiup kencang, patung maharaja China pertama dengan berat enam tan telah rebah ke bumi selepas 16 tahun berdiri tegak di Taman Qin Shi Huang Scenic.

Patung maharaja Qin Shi Huang yang diperbuat daripada tembaga setinggi 62 kaki itu telah ‘meluncur’ ke bumi di wilayah Binzhou Shandong, timur China ketika ‘ditiup’ angin kuat pada Jumaat lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walaupun patung berkenaan diletakkan di atas batu, ia bagaikaan ‘terlepas’ dari tapaknya. Menurut salah seorang pekerja gerai di kawasan itu, patung raksaksa berkenaan telah jatuh dengan posisi terbalik.
Ia menyebabkan wajahnya terus ‘mencium’ tanah sehingga menyebabkan bahagian kepala patung maharaja tersebut hancur.

Malah, manik-manik yang terdapat di kepala patung tembaga itu turut bertaburan.
Bagaimanapun, ketika para pekerja sedang mengemas sisa-sisa runtuhan logam yang ada, didapati bahagian bawahnya kosong serta dilihat bagaikan hanya diisi dengan kerangka logam sahaja.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat disembunyikan, setiap orang mempunyai telefon bimbit. Bagaimana harus kita menutup bukti ini?” kata salah seorang pekerja di kawasan kejadian.
Kren telah dipanggil bagi mengangkat ‘mayat’ patung berkenaan.

Maharaja Qin Shi Huang merupakan pengasas Dinasti Qin China yang dipercayai menjadi manusia pertama yang menyatukan banyak hati penduduk Cina moden ketika penaklukannya sekitar tahun 221-206 SM.
Selain itu, dia juga telah membina bahagian pertama Tembok Besar China dan makamnya juga merupakan rumah kepada tentera terakota yang terkenal.
Patung berkenaan telah dibina pada tahun 2005 yang lalu bagi menjadi daya penarik kepada para pelawat ke resort pelancongan tempatan di Binzhou.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel