Connect with us

Berita Lain

Bekas MB: Tiada ‘Tsunami’, Melayu Masih Perlukan BN


SHAH ALAM, 20 April — “Tsunami Melayu” tidak berlaku pada
pilihan raya kali ini kerana etnik itu masih memerlukan kuasa politik untuk
kelangsungan masa depannya, kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Justeru bekas menteri besar Selangor itu menasihatkan mereka
agar tidak membuat kesilapan hanya kerana “beberapa isu yang
diperbesar-besarkan pembangkang”.
“Tidak akan ada tsunami. Orang Melayu masih ada rasa perlu
kepada kerajaan (Barisan Nasional),” katanya kepada ProjekMMO baru-baru ini.
“Hanya orang Melayu bodoh yang hendak serahkan hak dia
kepada orang lain.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

DAP dan Pakatan Harapan umumnya sebelum ini meramalkan
berlakunya tsunami Melayu apabila etnik itu menentang Umno dan menolak
pemerintahan BN.
Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata jika perkara itu
berlaku, PH dapat menguasai Johor kerana majoriti undi Cina sudah bersama
mereka.
Dikenali juga dengan panggilan Mat Taib, Muhammad berkata
Melayu tidak sepatutnya terpengaruh kepada perjuangan DAP yang mahu hak sama
rata.
“Mungkin DAP hendak hak itu disamaratakan, tapi [agenda] itu
perjuangan mereka, yang kita henak sokong, kenapa?” katanya.
Menyifatkan pilihan raya 9 Mei ini sebagai pergelutan untuk
memperkasa semula kuasa Melayu, beliau mendakwa Melayu akan lebih tertindas
jika pembangkang menguasai kerajaan.
Menyertai PAS dan berkempen bagi pihak pembangkang pada
pilihan raya 2013, Muhammad kembali kepada Umno tahun lalu dan berkempen untuk
BN.
Memulakan kempennya sejak September lalu, beliau pernah
menggunakan taktik kempen senyap-senyap sewaktu membantu Pakatan Rakyat lima
tahun lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau dilaporkan akan bersama tiga lagi bekas menteri besar
negeri itu, termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, yang akan membantu BN.
Muhammad berkata di Selangor hak bumiputera mula dihapuskan
seperti langkah menutup asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala
Lumpur.
Bekas menteri kemajuan luar bandar itu berkata tidak
mustahil dasar hak bumiputera turut diubah jika PH menguasai Putrajaya.
“Saya pun tidak setuju semua hak [perlu jadi milik] Melayu
tetapi Melayu mesti berada di posisi selesa untuk menguasai politik dan membawa
semua kaum [membangun] bersama,” katanya dalam wawancara di kediamannya di
sini.
“Tetapi kalau orang Melayu masih bergelut dan tidak
memajukan diri maka mereka akan terpinggir semula.
“Golongan yang lebih berupaya [DAP] selepas menguasai bidang
perniagaan dan profesional, mereka hanya perlukan usaha terakhir iaitu politik.
“Jadi Melayu jangan tertipu,” pesannya.

Malay Mail Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel