Connect with us

Berita Lain

Cikgu Jaafar umum Keluar Amanah


KLANG – Pengarah biro pilihan raya Parti Amanah Negara
(Amanah) Selangor, Jaafar Samsudin, 62, atau lebih dikenali Cikgu Jaafar
mengumumkan keluar daripada Amanah berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian
pagi ini.
Pada masa sama, bekas guru itu memaklumkan turut melepaskan
tiga jawatan penting dalam parti itu sebagai pengarah biro pilihan raya Amanah
Selangor, Ketua Amanah bahagian Kota Raja dan pengarah pilihan raya Amanah
Selangor.
Beliau berkata, peletakan jawatan dan keputusan keluar parti
itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada kepimpinan Amanah Nasional
jam 4 petang semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keputusan ini bukan baru dibuat sebaliknya sudah
berbulan-bulan saya berfikir untuk membuat keputusan ini.
“Saya kesal dengan kepimpinan atasan Amanah yang tidak mahu
mendengar suara akar umbi di Kota Raja yang mahukan anak tempatan sebagai calon
Ahli Parlimen,” katanya.
Menurutnya, dia juga terkilan kerana pihak atasan
seolah-olah tidak menghormatinya sebagai pengarah pilihan raya Amanah Negeri
meskipun banyak perkara disuarakannya sejak berbulan-bulan lalu, namun
dipandang enteng.
Ketika ditanya adakah pemilihan Presiden, Mohamad Sabu atau
Mat Sabu bakal dicalonkan di Parlimen itu membuat beliau bertindak demikian,
tegasnya, pemimpin atasan perlu juga mendengar pandangannya sebagai Ketua
Kawasan yang membawa suara akar umbi.
“Saya sudah lama tahu Mat Sabu nak bertanding di sini,
paling tidak datanglah jumpa saya, paling penting ‘personal touch’ dengan saya.
“Saya lebih tahu apa yang terjadi di sini dan juga apa yang
penduduk Kota Raja mahukan,” katanya.
Terdahulu, Mat Sabu mengesahkan beliau bakal bertanding di
Selangor, nama beliau disebut-sebut akan mengisi kerusi Parlimen Kota Raja.
Pada masa sama, anak jati Pulau Indah itu berkata, dia juga
tidak mahu perkara-perkara berkaitan hak peribadi diketengahkan ‘seterunya’
semata-mata mahu menjatuhkannya dan membuatkannya tidak dicalonkan parti.
“Permainan itu sangat jelik dan sangat kotor, saya amat
terkilan apabila benda sebegitu dijadikan ‘seteru’ saya bagi menunjukkan saya
ini ini tidak layak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Hal peribadi ditonjolkan, dalam politik bila berkaitan hal
peribadi ia akan merosakkan kerja kita, organisasi dan juga jentera kita,”
ujarnya.
Katanya, dia belum berhasrat untuk menyertai mana-mana
parti, namun tidak pernah menganggap rakan-rakan dalam Pas mahupun BN sebagai
musuh.
“Mungkin hari ini kita boleh jadi lawan, tak mustahil esok
lusa kita boleh jadi kawan sepertimana Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Begitulah dalam politik, yang membezakan kita hanyalah
organisasi, meskipun sebelum ini saya keluar daripada Pas menyertai Amanah,
namun saya tetap berkawan dengan rakan-rakan dalam Pas dan juga Umno/BN,”
katanya.
Jaafar menyertai Pas pada 1998 dan memegang jawatan pengarah
pilihan raya Pas Selangor bermula dari tahun 2002 hingga 2015. Beliau yang
turut memegang jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja
kemudian meninggalkan parti Islam itu pada 2016 bersama Ahli Parlimen Kota
Raja, Dr Siti Mariah Mahmud untuk menyertai Amanah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel