Connect with us

Berita Lain

Dah Sampai Masa BN Direhatkan


PENDANG – Kerajaan BN dilihat wajar untuk direhatkan
sementara kerana kegagalan urus tadbir dan juga peningkatan kos sara hidup
sehingga membebankan rakyat.
Calon Harapan kerusi Parlimen Pendang, Wan Saiful Wan Jan
berkata, jasa yang ditabur BN perlu diiktiraf, namun kerosakan dan kegagalan
dalam urus tadbir negara juga perlu diakui rakyat.

Menurutnya, rakyat perlu memberi peluang kepada Harapan
untuk memerintah supaya BN mempunyai ruang untuk berfikir apa yang mereka telah
gagal lakukan sepanjang pemerintahan.
“Rakyat sekarang perlu menjalankan dua hingga tiga
kerja dalam satu masa hanya untuk menampung keperluan hidup.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kos hidup yang meningkat dek kerana kewujudan GST (Cukai
Barangan dan Perkhidmatan) serta kenaikan petrol dan banyak lagi,” katanya
ketika sidang media di Pejabat Bersatu, Pendang, tadi.
Beliau berkata, rakyat sudah tidak mampu untuk menanggung
beban seperti ini lagi dan mereka sudah pastinya akan melakukan perubahan.
“Pada hari ini kita dapat melihat gelombang kebangkitan
rakyat dan kita yakin hari pengundian nanti mereka akan memilih Harapan.
“Apabila kami turun berkempen, ramai rakyat mahukan
pembaharuan kepada negara bagi menjamin perubahan dalam kehidupan mereka,”
katanya.
Katanya, ada juga mereka yang ditemui sedang memasang
bendera parti lain tetapi apabila didekati mereka menyatakan sokongan kepada
Harapan.
Wan Saiful berkata, Pendang terletak di antara pekan Alor
Setar dan Sungai Petani tetapi kemajuan pada dua kawasan berkenaan sangat
berbeza berbanding Pendang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ramai juga yang mengatakan, Pendang memerlukan calon anak
jati dari daerah sendiri tetapi adakah itu lebih penting daripada pembaharuan
yang bakal dilaksanakan?
“Banyak penggal dah calon anak tempatan menjadi ahli
parlimen tetapi keadaan tetap sama.
“Saya merayu pada rakyat Pendang beri peluang kepada kami
dan kami akan buktikan yang kami mampu melakukan perubahan demi kesenangan
rakyat,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel