Connect with us

Berita Lain

Dakwaan Tun M Hanya Strategi Raih Simpati


KOTA TINGGI – Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan),
Tun Dr Mahathir Mohamad berlaku unsur sabotaj ke atas pesawat dinaiki ke
Langkawi sekali gus mengatakan ia adalah helah pihak lawan dianggap sebagai
strategi kempen beliau dalam PRU14.
Calon BN kerusi Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina
Othman Said berkata, tindakan Tun M itu adalah strategi untuk meraih simpati.

“Itu strategi kempen pilihan raya untuk dapatkan simpati
kerana dia (Tun M) yakin kemungkinan calon pembangkang akan banyak kalah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebab nampaknya tsunami biru menyerlah. Ini juga persediaan
gerak saraf (pembangkang) seolah-olah kekalahan mereka nanti adalah disebabkan
BN. 

Jadi bila apa yang bakal terjadi nanti orang tak terima, rakyat tolak, jadi
tuduh BN sabotaj,” katanya kepada pemberita selepas melakukan walkabout dan
melawat penduduk uzur di Felda Sungai Mas, hari ini.
Mengulas lanjut tentang kertas pencalonan Naib Presiden PKR,
Tian Chua yang ditolak pada penamaan calon semalam, Azalina berkata, apa yang
berlaku adalah prosedur undang-undang.
Katanya, pihak pembangkang sepatutnya sudah boleh membuat
perkiraan lebih-lebih lagi mereka mempunyai ramai peguam yang handal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka ada peguam handal sepatutnya dah tahu undang-undang
dan sepatutnya mereka dah boleh buat kiraan.
“Tetapi mereka letak calon yang ada masalah dari segi
peraturan. Bagi saya kemungkinan peguam mereka tak berapa pandai, kemungkinan
calon mereka tak faham undang-undang,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel