Connect with us

Berita Lain

Dira Bangkit Jawab Wardina


PETALING JAYA: Kenyataan Wardina Saffiyah yang
mempertahankan perjuangan DAP menarik perhatian exco Puteri Umno apabila
menganggap personaliti televisyen itu tidak memahami perjuangan parti politik
berkenaan.
Khaidhirah Abu Zahar yang lebih dikenali sebagai Dira tampil
menyelar Wardina yang didakwa mengambil mudah dengan apa yang terjadi walaupun
DAP sebelum ini kerap memperkecil hak Islam dan orang Melayu di negara ini.
“Saya kira Wardina anggap perkara ini remeh kerana
tiada falsafah maruah bangsa dan agama di parti sebelah sana. Tetapi bagi kami
disini (Umno dan Barisan Nasional) akan tetap teguh pada perjuangan kami agar
tidak runtuh dek kejarkan kuasa,” ujar anak kepada bekas Ketua Menteri
Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ishnin ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dira yang juga selebriti negara berkata, walaupun belum
memegang tampuk pemerintahan negara, DAP sudah menunjukkan belang apabila
berani mencabar orang Islam dengan menolak Rang Undang-Undang Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355), lapor mStar Online.
Malah kata beliau, isu memperlahankan laungan azan di Pulau
Pinang seolah-olah memperkecilkan hak umat Islam negara ini.
“Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian
Malaysia, slogan yang agak panas saya kira dimana falsafahnya mungkin
terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi sebaliknya semua agama patut
disamaratakan.
“Ini bermaksud golongan murtad perlu diberi hak,
golongan liberalis perlu dibebaskan, golongan lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) yang jelas mencabar undang-undang agama Islam diberi
sanjungan. Inikah yang Wardina mahu?” soalnya lagi.
Dira berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wardina di
laman Facebook baru-baru ini yang meluahkan rasa kurang senang terhadap usaha
menjadikan DAP sebagai modal untuk menakutkan umat Islam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Wardina yang pernah membintangi sitkom Spanar Jaya  turut menggesa semua pihak supaya tidak
menggunakan sentimen agama dalam berpolitik.
“Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan
tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini
adalah negara Islam.
“Saya tidak percaya mereka jahat sepertimana agama lain
tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak
takutkan orang Islam,” tulisnya.
Rata-rata netizen mempertikai kenyataan Wardina dan memohon
supaya dia mengambil kira semua perbuatan DAP dan juga penyokongnya terhadap
umat Islam.
Malah ada juga yang mahukan Wardina membaca komen-komen
penyokong DAP di laman Facebook sebuah portal berita politik yang secara
terang-terangan menghina Islam

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel