Connect with us

Berita Lain

Dr M – Calon PRU Tanpa Janji


Berbeza dengan pihak lain, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin
satu-satunya calon pilihan raya yang tidak perlu menabur janji untuk pengundi
di kawasan ditandinginya.
Bercakap kepada masyarakat Cina dan India di sebuah hotel,
Mahathir menyandarkan rekod-rekod lamanya membangunkan pulau pelancongan itu
sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir 93, berkata ketika sebelum merdeka lagi beliau
telah memberi khidmat kepada daerah itu ketika Langkawi hanya berpenduduk
16,000 orang.
“Saya dan Langkawi tak pernah renggang. Saya kenal Langkawi
masa belum dibangunkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini saya tak nak janji itu dan janji ini kerana janji
sudah pun dibuat oleh rakan-rakan saya, tetapi saya yakin orang Langkawi tahu
bahawa apa yang baik bagi Langkawi walau tidak dijanji.
“Saya akan mampu buat kalau saya menang dan jadi perdana
menteri,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapannya ketika program
minum perang wanita Pakatan Harapan di sebuah resort di Langkawi hari ini.
Dr Mahathir bakal berdepan dengan Datuk Nawawi Ahmad (BN)
dan Zubir Ahmad (PAS).
Mengenang khidmatnya kepada daerah itu, beliau berkata tidak
berjanji untuk menjadikan Langkawi sebagai pusat bebas cukai, namun ia tetap
dilakukan.
“Saya tak pernah kata bila saya jadi perdana menteri saya
akan jadikan Pulau Langkawi ini pulau bebas cukai, siapa pernah dengar saya
janji.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya tak janji apa pun. Tapi bila ada kuasa untuk
memperbaiki Langkawi dan beri banyak nikmat kepada penduduk di Langkawi dengan
kuasa itu saya jadikan pulau bebas cukai.
“Orang Langkawi kenal apa yang saya lakukan di Langkawi, tak
payahlah saya ulang macam masuk bakul angkat sendiri tetapi saya yakin pada 9
Mei penduduk Langkawi akan keluar mengundi beramai-ramai,” katanya.
Dr Mahathir, perdana menteri keempat, amat sinonim dengan
pembangunan Pulau Mahsuri itu.
Antaranya, beliau mengisytiharkan Langkawi pulau bebas cukai
pada 1987, dan menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi untuk memacu
pertumbuhannya.
Dr Mahathir juga kerap berkunjung ke Langkawi dan secara
peribadi mengikuti perkembangannya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel